Keputusan rasmi PRK dan analisis awal

MUHTAR SUHAILI | .

KEPUTUSAN Rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) P067 Kuala Kangsar dan P093 Sungai Besar adalah seperti berikut:

P.067 Kuala Kangsar:
Barisan Nasional (BN) - 12,653
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - 5,684
Parti Amanah Negara (PAN) - 4,883
Bebas - 54

P.093 Sungai Besar:
Barisan Nasional (BN) - 16800
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - 6902
Parti Amanah Negara (PAN) - 7609

Analisis Awal terhadap keputusan yang saya boleh buat berdasarkan pemerhatian:

1.BN menang besar meskipun terpalit dengan pelbagai isu kerana berlaku tiga penjuru,
2.Undi teras dari pengundi tegar dan penyokong tegar PAS kekal,
3.Pengundi Cina dan India beralih kepada BN dan selebihnya kepada PAN,
4.Majoriti Pengundi PAN adalah dari Pengundi Cina,
5.PAN kurang sambutan dari Pengundi Melayu,
6.PAS kurang sambutan dari Pengundi Cina,
7.PAS mendapat keputusan yang boleh dibanggakan meskipun terpaksa berhadapan dengan ketumbukan dan kempen bersepadu BN dan PH.

PAS menerima keputusan dengan lapang dada. Insya-Allah PAS akan melaksanakan post-mortem pasca-PRK untuk merancang strategi ke depan.

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat Daulah Islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi.

Atas segalanya, insya-Allah kita akan teruskan perjuangan. -  HARAKAHDAILY 19/6/2016