Di Tempat Rendah

IRFAN ES | .

Di tempat yang rendah
mereka letakkan urusan Allah
dalam strategi, dalam falsafah
saat bergelut di medan siasah.

Ketika Tuhan berfirman:
“Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya!”
tetap mereka lambakkan
pelbagai usul pelbagai cadangan pelbagai alasan
bagi mencari jalan jauh
agar hukum syariat terus ditangguh.

Selama mana ia ingin ditunda?
seorang tok guru, hampir haus hayatnya
tetap diwakaf untuk agama
namun ramai pula, di sini sana
sepanjang masa hanya mengata.

IRFAN ES

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya; dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Hujurat ayat 1)