Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Anwar Mula Meratapi Kehilangan PAS?

Nasional
Typography

KENYATAAN Dato Seri Anwar Ibrahim pada 1 September lalu memperlihatkan bertapa beliau cukup resah dan gelisah dengan apa yang berlaku dalam PKR selepas beliau meneliti kenyataan Rafizi Ramli, Naib Presiden dan ahli-ahli yang melahirkan keresahan kerana corak cadangan kerjasama PKR dengan PAS yang dianggap samar.

Baginya keadaan itu berlarutan tanpa dimuktamadkan. Keadaan sedemikian dianggap mengelirukan dan dikhuatiri akan menjejaskan muafakat Pakatan Harapan.

Pimpinan Pakatan Harapan juga telah menjelaskan pendirian menolak kerjasama dengan PAS, kata Anwar.

Namun Anwar juga menegaskan bahawa pihaknya teguh dan kukuh bersama Pakatan Harapan sepertimana yang dizahirkan Presiden PKR, Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail sejak awal lagi.

S ementara apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru. {mprestriction ids="1,2,3,4,5"}

Bagi Anwar pertimbangannya adalah menggembeleng seluruh kekuatan dalam menghadapi UMNO-BN dalam PRU 14.

Dalam hal ini, Anwar sendiri melihat bahawa PAS bukanlah musuh, namun apa yang terzahir dalam Pakatan Harapan sangat berbeza dimana DAP, PAN, Bersatu dan Rafizi sendiri yang acap kali mewakili PKR menjadikan PAS sebagai musuh utama hatta melemparkan tuduhan kepada PAS kononnya mahu bersama Umno.

Walaupun sebelum ini berulang kali ditegaskan Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak bersama Umno, begitu juga PAS tidak akan bersama PH kerana secara jelasnya PH tidak menghormati pendirian PAS dan dasar yang dilaksanakan PAS iaitu Islam lebih lebih lagi semasa PAS membawa RUU55 ke Parlimen dimana PH menentangnya.

Apatah lagi label melabel yang dikenakan ke atas PAS oleh anggota pimpinan PH cukup memeritkan malah dengan sengaja menggambarkan PAS seperti mahu bersama Umno BN.

Inilah sikap PH yang terjelma, malah menjadi amalan mereka. Melihat kepada realiti bahawa PRU14 semakin hampir, apa yang dikatakan Anwar umpama membuka pekung besar dalam PH dan PKR sendiri kerana sebelum ini rata rata di kawasan PKR Bertanding khususnya di Parlimen Pandan yang diwakili Rafizi, jentera PAS lah yang sarat memikul tanggungjawab melaksanakan tugas berkempen dan sebagainya bagi memenangkan PKR di sana.

Begitulah juga di kawasan MB Selangor, Dato Seri Azmin Ali dimana kawasan yang diwakilinya beliau sendiri menyedari realiti kekuatan PAS di peringkat bawah yang menyebabkab beliau juga menunjukkan kesungguhan sebelum ini melangsungkan perbincangan lanjut dengan PAS.

Namun perlu diingat, bahawa PAS telah meletakkan kata putus bahawa tiada lagi kerjasama dengan PKR mahupun PH sebaliknya PAS kekal di blok ketiga bersama Gagasan Sejahtera dengan IKATAN menjadi rakan kongsi bersama NGO yang pelbagai sifatnya menyokong gagasan ini.

Sama sama kita nantikan lagi debaran kegelisahan Anwar dan PKR menjelang Pilihan Raya kerana umpama kehilangan pendekar tempur bilamana tiada lagi kerjasama dengan PAS. {/mprestriction}

KENYATAAN Dato Seri Anwar Ibrahim pada 1 September lalu memperlihatkan bertapa beliau cukup resah dan gelisah dengan apa yang berlaku dalam PKR selepas beliau meneliti kenyataan Rafizi Ramli, Naib Presiden dan ahli-ahli yang melahirkan keresahan kerana corak cadangan kerjasama PKR dengan PAS yang dianggap samar.

Baginya keadaan itu berlarutan tanpa dimuktamadkan. Keadaan sedemikian dianggap mengelirukan dan dikhuatiri akan menjejaskan muafakat Pakatan Harapan.

Pimpinan Pakatan Harapan juga telah menjelaskan pendirian menolak kerjasama dengan PAS, kata Anwar.

Namun Anwar juga menegaskan bahawa pihaknya teguh dan kukuh bersama Pakatan Harapan sepertimana yang dizahirkan Presiden PKR, Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail sejak awal lagi.

S ementara apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru.

member login