Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Ekonomi Malaysia boleh lebih baik bawah PAS?

Nasional
Typography

 (Teks suntingan dan transkrip dari ucapan Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pada Ceramah Bicara Politik 29 Januari 2018 di Bangunan Kedai Depan PPD Temerloh yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

 
Mesti miliki dasar kukuh
 
Sebenarnya bila kita lihat situasi politik ini dia ada tiga benda yang kita perlu beri perhatian. Yang pertama ke mana sebenarnya parti ini nak bawa rakyat? Kerana parti politik mesti ditubuh di atas asas yang betul. Parti politik tak boleh tubuh kerana kecewa, kerana pecat, kerana dibuang, kerana kalah muktamar, tubuh parti. Ini asas yang tidak kukuh. Nak tubuh parti berasas yang kukuh. Kena tanya apa perlunya ada parti baru? Kerana kewujudan parti-parti baru ini walaupun tidak salah dari sudut demokrasi, tetapi dia menyebabkan akan timbul pelbagai kelompok-kelompok walaupun saya tulis satu artikel sebenarnya perbezaan atau banyak parti politik tidak menggambarkan perpecahan. Tetapi kebanyakan orang menganggap adanya parti politik inilah tanda perpecahan.
 
Orang Melayu berpecah ada parti PAS, ada Umno, ada PKR, ada parti Bersatu, ada parti Pan, ada parti lain. Itu tak masuk lagi parti tupperware semua itu. Jadi parti-parti yang banyak ini dianggap tanda perpecahan. Saya melihat parti yang banyak ini pelbagai parti pertama dia menggambarkan ialah sistem demokrasi yang agak subur, baik, tetapi yang lebih penting bukan banyak parti, ke mana parti itu nak bawa rakyat? Saya bertemu dengan kawan-kawan, termasuk Presiden parti yang sahabat kita yang keluar, abang Mat, saya jumpa dia, saya tanya dia nak bawa ke mana parti? Nak berjuang apa?
 
Kita kena faham bahawa parti ini bukan suka-suka, bukan main-main. Biar jelas nak bawa ke mana parti ini, apa dasar nak perjuang? Kalau nak berjuang Islam PAS dah ada. Kalau nak berjuang sekadar basmi rasuah, penyelewengan, semua parti berjuang yang sama. PAS kita wujud ini tuan-tuan kerana membawa dasar Islam sebab tidak ada parti yang memperjuangkan konsep gagasan Islam yang syumul, yang lengkap termasuklah perlaksanaan peraturan yang diwajib oleh Allah dalam ekonomi, dalam politik, dalam perundangan. Sebab itu ruang kosong ini diisi oleh PAS. Kalau sekiranya ruang ini dah ada yang lain mengisi, PAS tak ada keperluan.

member login