Takziah, penghormatan untuk Almarhumah Hajjah Suri Yahya

DATUK SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG | .

PEMERGIAN Almarhumah Hajjah Suri Yahya sekitar petang tadi (19 Mei 2015) merupakan satu peristiwa yang menyaksikan negara kehilangan srikandi Islam yang teguh istiqamah bersama dalam perjuangan Islam.

Almarhumah Hajjah Suri Yahya merupakan balu kepada Almarhum Dr Burhanuddin Helmy, mantan Presiden PAS/Penaja Kemerdekaan Tanah Melayu.

Almarhumah dahulunya sentiasa berada di samping Almarhum Dr Burhanuddin Helmy, meredah perjuangan bersama, pemergiannya bukan hanya dirasai oleh kaum keluarga bahkan sangat dirasai oleh teman seperjuangan, malah oleh segenap masyarakat.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah dan simpati khusus kepada kaum keluarga Almarhumah.

Semoga Almarhumah dirahmati Allah SWT dan juga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman di sisi-Nya.

Al-Fatihah.

DATUK SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
01 Syaaban 1436 H / 19 Mei 2015

Share on Myspace