Selamatkan Aqsa

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .

Berita terkini melaporkan, bahawa kumpulan pelampau Zionis Yahudi menceroboh Masjid Aqsa dengan sokongan polis dan tentera negara haram Israel. Pertempuran sengit berlaku dengan pemuda dan penduduk sekitar yang terus bertahan di dalam Masjid Aqsa dan kelilingnya, termasuk yang tua, pemuda, wanita dan kanak-kanak dengan bersenjatakan batu-batu sahaja, berkubukan dinding masjid dan tiang-tiangnya. Mereka berdepan dengan pihak Zionis Israel yang bersenjata canggih segala jenisnya, bukan sahaja gas pemedih mata, bahkan sehingga menggunakan peluru hidup. Pihak Zionis Israel bergerak dibelakang kenderaan berperisai dan dilindungi helikopter canggih. Mereka yang mempertahankan masjid suci itu tidak berganjak, walaupun sudah ada yang gugur syahid, ramai yang cedera dan ditahan.

Bagi ummat Islam, Masjid Aqsa adalah salah satu daripada tiga masjid yang dimuliakan. Di sinilah berlakunya Israk Rasulullah SAW dan bermulanya Mikraj ke angkasa lepas, menjadi tetamu Allah dalam peristiwa yang terkenal itu. Allah memuliakan masjid ini juga dengan menjadikannya kiblat pertama bagi ummat Nabi Muhammad SAW sebelum beralih kepada Kaabah di Makkah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS. Ummat Islam menyebutnya dengan "Ibrahim" adapun orang Kristian Barat dengan "Abraham" manakala pengikut kepercayaan agama penyembah berhala pula menyebutnya dengan "Brahma". Namun penganut Islam  tetap berpegang kepada firman Allah SWT:

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Bukanlah Ibrahim itu penganut agama Yahudi dan agama Nasrani (Kristian). Dia sebenarnya menganut agama Hanif (Mengesakan Allah tanpa syirik), Dia seorang Muslim. Bukannya seorang musyrikin(penyembah berhala dan lain-lain, selain Allah)." (Surah Ali-Imran, ayat 67)

Inilah keyakinan yang dipegang oleh penganut  Islam tanpa memaksa penganut agama yang lain, kerana berkonsepkan firman Allah:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ

"Tidak ada paksaan dalam agama". (Surah Al-Baqarah, ayat 256)

Ummat Islam juga menghormati hak penganut Yahudi dan Kristian menjadikan Palestin tanah suci masing-masing, tanpa dihalang mereka beribadat dengan menjaga sensitiviti semua pihak. Sejarah telah membuktikan betapa Yahudi dan Kristian yang memerintahnya tidak menghormati hak di antara satu sama lain. Hanyalah Islam yang memberikan hak ini sebagaimana terbukti ketika ia berkuasa memerintah:

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

"Kalau sekiranya Allah tidak menolak kalangan manusia berlawanan (di antara yang menegakkan Islam menghadapi penentangnya) nescaya dibinasakanlah kuil penganut Yahudi, gereja penganut Kristian, sembahyang-sembahyang dan masjid-masjid  yang disebut di dalamnya nama Allah. Demi sesungguhnya Allah pasti menolong sesiapa kalangan yang menegakkan agamanya dan Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (Surah Al-Hajj, ayat 40)

Ketika Perang Dunia Pertama, Zionis yang menguasai ekonomi berjaya menggoda negara besar dan selepas Perang Dunia Kedua, negara Israel diwujudkan secara haram, dihalau penduduk asalnya yang menganut Islam, dengan sokongan semua negara kuasa besar Timur dan Barat (Kapitalis, Komunis dan Sosialis) di atas alasan bersimpati dengan peristiwa "holocaust" yang terkenal, kerana kezaliman Nazi pimpinan Hitler terhadap kaum Yahudi, dengan berita provokasi dan dongeng yang penuh tambahan, sehingga melupai bangsa lain lebih ramai yang juga menjadi mangsa perang tersebut, tanpa menimbulkan betapa Zionis Yahudi adalah penyebab besar kepada semua perang dunia.

Ada pun penganut Mazhab Yahudi Ortodok (Naturikata) mengharamkan penubuhan Negara Israel itu kerana mengetahui asal usul dan akibatnya yang menimpa kaum yahudi kerana pelampau Zionis itu.

Sekiranya  dirujuk kepada kitab Taurat yang menjadi pegangan kaum Yahudi menunjukkan betapa Zionis yang sudah meyelewengkan Taurat menjadikan mereka sebenarnya lebih ganas dan zalim daripada kaum Nazi.  Al-Quran melaporkan bahawa mereka membunuh ramai kalangan para anbiya dan para ulama yang soleh. Mereka juga bersikap ganas terhadap bangsa bukan Yahudi.

Sila lihat kitab Taurat yang mereka percaya, menerusi Safar Tathniah 20/10 - 17 dan Yasyu’ 09/03 - 27: “Sekiranya kamu menghampiri mana-mana kota yang hendak diserang, ajaklah kepada perdamaian. Setelah mereka menerima perdamaian itu, jadikan kaum yang telah berjaya ditundukkan itu diperhambakan dan dipergunakan. Kalau mereka tidak mahu berdamai dan mahu berperang juga. Kepung dan setelah Tuhan serahkan mereka kepada kamu, pancungkan dengan pedang-pedang kamu kaum lelakinya. Ada pun semua kaum wanita, kanak-kanak dan binatang menjadi ghanimah (harta rampasan) milik kamu".

Ayat yang tegas mendukung teori mereka, yang lahir  daripadanya teori Darwin dan lain-lain, menganggap manusia selain bangsa Yahudi adalah goyim (binatang) yang boleh diperlakukan apa-apa sahaja. Maka berlakulah kemalangan kemanusiaan paling buruk dalam sejarah di zaman moden yang menjulangkan hak asasi manusia, tetapi mencabulnya secara berterangan pada tahun 1948 dengan mengiktiraf Negara haram Israel yang ditubuhkan secara paling kejam, namun dilindungi oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang beranggota tetap semua Negara Besar Kapitalis dan Komunis, berkuasa veto boleh membatalkan segala keputusannya bagi melindungi Israel. Semua anggota daripada negara lain wajib patuh. Adapun negara ummat Islam yang dikatakan merdeka mengubah kiblat politik antarabangsa, menghala ke London, New York, Paris atau Moscow dan Beijing, bukan lagi mengahala kearah Kaabah di Makkah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan dihidupkan oleh Nabi Muhammad SAW walaupun pemimpin dan rakyat semuanya berhaji ke Makkah dan mengadap sembahyangnya ke arah yang sama. Inilah penyakit memisahkan politik daripada agama, termasuk politik antarabangsa.

Bacalah cerita benar,  Khalifah Al-Muktasim di zaman kerajaan Abbasiyah yang sudah dianggap lemah, apabila disampaikan kepada baginda bahawa seorang wanita Islam dihina di negara asing bukan Islam, dimalukan ditengah khalayak dengan sedih merayu: ”Wahai Muktasim ! Selamatkan daku !”.  Terus disorak lagi. Sebaik diceritakan kepada Khalifah Al-Muktasim, baginda bangkit bangun daripada kerusinya dan terus menyampuk, ''Wahai Ibuku ! ini dia Muktasim mendengar rayuanmu”. Kemudian baginda mengarahkan bala tentera memimpin sendiri dan meninggalkan wasiat sekiranya baginda gugur, seterusnya  menyerang sehingga raja yang zalim melarikan diri, setelah diajar kerana menghina seorang ibu Islam."

Tindakan Khalifah Muktasim kerana ajaran Islam yang dianutnya wajib menjaga maruah kaum wanita, tanpa mengira agamanya, kerana Islam mengharamkan penganutnya menghina wanita,  walaupun bukan Islam. Jangan samakan dengan kebebasan barat yang menjadikannya bahan iklan untuk serba barangan. Wanita diharamkan menjadi sasaran peperangan dan segala yang menghinakannya.

Islam mengikat tali persaudaraan Iman pula di kalangan penganutnya laksana anggota dalam satu jasad. Sabda Rasulullah SAW:

مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى

"Bandingan hubungan persaudaraan dikalangan orang-orang yang beriman itu dari segi berkasih sayang dan bersimpati sesama mereka laksana anggota dalam satu jasad. Apabila satu anggota mengadu kesakitan maka seluruh jasad berjaga kesakitan dan demam." (Riwayat Imam Muslim dan Ahmad)

Hanya seorang yang beriman sahaja terasa dirinya ikut menderita walau pun sesiapa dan di mana sahaja adanya saudara beriman yang dizalimi atau ditimpa apa-apa bencana menjadikannya terasa kasihan, bersimpati dan bergerak secara bertindak membantu dan membelanya.

Kemalangan yang berlaku di Masjid Aqsa menyentuh jasad manusia beriman dan tanah sucinya. Sepatutnya membangkitkan seluruh dunia Islam kerajaan dan ummat bertindak sewajarnya, menandakan adanya perasaan iman dalam dirinya dan menentukan tahap kekuatannya atau kelemahannya atau menggerakkan kemanusiaan yang berkeluarga besar.

Secara khusus wajib menyedarkan yang terlena di kalangan kerajaan di negara umat Islam dan rakyat, organisasi antara dunia Islam (OIC), parti politik lslam, NGO dan seluruh anggota masyarakat wajib menunjukkan kepada Zionis yang melampau zalim itu, bahawa mereka tidak hanya berdepan dengan jumlah mereka yang bertahan di dalam Masjid Aqsa sahaja, bahkan akan menghadapi gelombang persaudaraan iman yang tidak putus datang dari seluruh pelusuk dunia dimana buminya ada penganut Islam yang berpijak atau adanya manusia yang masih bersifat kemanusiaannya.

Seterusnya, Zionis akan berdepan dengan sabda Rasulullah SAW yang berucap bersama mukjizat yang diketahui juga oleh pendita agama Yahudi, khususnya kalangan Ortodok yang membaca kitab asalnya, dan malang bagi penganut Islam yang memperkecilkannya:

لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِى عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلاَّ مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَ هُمْ قَالَ « بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ

"Akan berterusan ada dikalangan umatku  satu kumpulan yang tegak berjuang diatas pegangan agamanya (Islam), mereka terus zahir terserlah menghadapi musuh dalam keadaan gagah perkasa, tidak boleh memberi kemudaratan terhadap mereka, sehingga boleh menghentikannya oleh kalangan yang menentang mereka, apabila mereka ditimpa kesulitan, sehinggalah tibanya keputusan Allah, mereka masih terus dalam keadaan begitu juga (tidak berganjak), para Sahabat bertanya "Wahai Rasulullah!  Di manakah mereka itu berada? Sabdanya : Di Bait Al Maqdis dan dikeliling Bait Al Maqdis”." (Riwayat Imam Ahmad)

Percayalah bahawa obor perjuangan Aqsa yang dikibarkan oleh penduduknya yang dikira sangat lemah tetapi mustahil dapat dipadamkan, bahkan semua yang dilakukan oleh kaum Zionis itu menandakan ajal pengikutnya dan kalangan yang mengecewakan perjuangan Palestin akan menerima ajal bersama Zionis.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
8 Zulhijjah 1436H / 22 September 2015M

Share on Myspace