PAS kecam hukuman gantung pimpinan Jamaat-e-Islami

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .

 

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

“Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik Makkah menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipudaya dan Allah menggalkan tipu daya mereka. Kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya." (Surah al-Anfal: 30)

PAS mengecam hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas Setiausaha Agung Parti Jamaat-e-Islami, Syeikh Ali Ahsan Mohammad Mujahid yang dituduh melakukan kekejaman ketika perang kemerdekaan menentang Pakistan dan Mahkamah Agung Bangladesh telah menolak rayuan ke atas beliau.

Hukuman gantung yang dikenakan ke atas pimpinan Jamaat-e-Islami bermotifkan untuk melemahkan gerakan Islam tersebut dengan perancangan rapi oleh Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang telah membuka kertas siasatan terhadap jenayah perang ini pada tahun 2010.

Gerakan Islam yang memperjuangkan politik kenegaraan dan berhasrat untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam sentiasa menjadi ancaman kepada kuasa besar dunia dan sekutu-sekutunya.

Pelbagai usaha dirancang untuk mencengkam dan menghalang gerakan ini untuk menguasai politik negara.

Marilah kita sama-sama doakan semoga pimpinan Jamaat-e-Islami diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian besar ini dan menetapkan hati-hati mereka di atas jalan yang benar.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

10 Safar 1437H bersamaan  22 November 2015 - HARAKAHDAILY 22/11/2015

Share on Myspace