Badar Kubra PAS Beruas suntik jiwa perjuangan

Komuniti
Typography
BERUAS: PAS Kawasan Beruas telah mengadakan majlis Badar al-Kubra bertempat di Markas Ghuraba, Pengkalan Bharu, di sini kelmarin.
 
Program bersama Pemuda PAS Beruas ini turut melangsungkan iftar jamaie, sumbangan bantuan kepada asnaf hingga solat Tarawih berjamaah.
 
Menurut Yang DiPertua PAS Beruas, Zakaria Hashim, sumbangan kepada asnaf itu adalah untuk meringankan beban golongan tersebut.
 
Beliau juga memaklumkan, program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepentingan berjamaah dan memupuk kesatuan antara ahli.
 
Ceramah Badar al-Kubra telah disampaikan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi yang mengupas panjang sejarah tersebut.
 
Antara dikemukakannya adalah mengenai pertolongan Allah S.W.T dan anugerah kemenangan hakiki buat perjuangan Islam. - HARAKAHDAILY 29/5/2019