PAS Kapar lapor polis, kilang tidak sedia jumpa

Komuniti
Typography

KAPAR: PAS Kawasan Kapar diketuai Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh telah membuat laporan polis berkaitan memo yang tular di sosial media berkaitan larangan menunaikan solat.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Taman Sg Kapar Indah Sementa, hari ini.

Turut bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Halimah Ali, Timbalan Pengerusi Pilihanraya 3 PAS Selangor, Jamuliddin Elias dan AJK PAS kawasan.

Sebelum laporan polis dibuat, pihak PAS kawasan telah menghantar dua kali surat permohonan kunjungan hormat ke kilang berkenaan.

Namun jawapan dari pihak pengurusan kilang tidak bersedia untuk berjumpa kerana isu memo tersebut dalam kes polis sekarang.

Sebenarnya pihak PAS kawasan mahu menjalinkan hubungan dan untuk mendengar cerita sebenar dari pihak pengurusan kilang.

Justeru apabila permohonan  kunjungan hormat ini tidak berjaya maka pihak PAS Kawasan Kapar membuat laporan polis untuk menyiasat sejauh mana kebenaran memo tersebut.

PAS Kawasan Kapar mohon diambil tindakan susulan dengan tegas supaya tidak ada mana-mana pihak yang tertindas. – HARAKAHDAILY 7/8/2019