30
Tue, May

YDP PAS Kuala Kangsar rasmi Hari Guru Pasti

Komuniti
Typography

YANG Dipertua PAS Kawasan Kuala Kangsar, Datuk Drs Khalil Idham Lim merasmikan Sambutan Hari Guru Pasti Kawasan Kuala Kangsar yang berlansung Di Warisan Kafe, MH Hotel Sungai Siput hari semalam. Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Pengarah PASTI Perak, Mohd Helmi Affindi Ali, Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar,  Ahmad Dzorif Ramli, Pengerusi Pasti Kawasan Kuala Kangsar, Pengurus Pasti Unit, AJK Dewan Pemuda PAS dan AJK Pasti Kawasan.

Bertemakan pakaian ungu, guru-guru Pasti Kawasan Kuala Kangsar menampilkan wajah ceria hadir ke Sambutan Hari Guru Pasti Kawasan Kuala Kangsar pada tahun ini. Lebih 35 orang guru yang hadir.

Dalam ucapan beliau, YDP PAS Kawasan Kuala Kangsar amat menyanjung tinggi tugas dan peranan guru Pasti yang mula bertugas seawal pagi menyambung rantai perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Komitmen dan keikhlaskan yang ditunjukkan oleh guru ternyata membuahkan hasil dengan kecemerlangan murid keluaran Pasti selain pertambahan jumlah murid saban tahun.

Katanya lagi, agenda perjuangan guru Pasti akan diteruskan lagi dengan adanya SRITI sebagai penyambung pendidikan anak-anak Pasti khususnya pada masa akan datang.

Sebelum itu, Timbalan Pengarah Pasti Perak dalam ucapannya mengingatkan guru agar jangan hanya menjadi guru yang mengajar sahaja, namun jadilah mursyid yang memberi tunjuk ajar, muaddib yang mendidik dan murabbi yang membimbing murid. Beliau juga mengingatkan agar guru Pasti mesti terlibat dengan aktiviti PAS yang semestinya memerlukan komitmen yang tinggi dan guru Pasti semestinya adalah ahli PAS.

Dalam majlis tersebut guru-guru diraikan dalam suasana minum petang yang santai. Kemudian setiap guru menerima cendermata dari pihak Pasti Kawasan Kuala Kangsar dan Pasti Perak sebagai buah tangan atas penat lelah meraka yang terus istiqamah mendidik anak bangsa.

YDP PAS juga menegaskan  betapa tinggi keikhlasan yang ada di kalangan guru yang menginfakkan tenaga dan masa untuk PAS, beliau mengharapkan usaha tersebut pasti tidak akan sia-sia kelak dan akan menjadi bekal di hari kemudian yang kekal abadi.

Beliau juga yakin dengan kemajuan Pasti dimasa akan datang. Walaupun diancam dengan berbagai gangguan untuk melemahkannya oleh pihak lawan namun ia terus berkembang . Diharapkan pada masa hadapan, bilangan Pasti di Kuala Kangsar dapat ditingkatkan lagi. – HARAKAHDAILY 19/5/2017

pastikk4

pastikk3

pastikk2

pastikk1