Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Islam memerintah bukan misi mustahil

Semasa
Typography

(Teks transkrip penuh dari ucapan Presiden PAS pada Perasmian Himpunan Perak Istiqamah (HIMAAH 12K), 3 Februari 2018 di Padang Bandar Meru Raya, Ipoh disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

Islam ad-Din

إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ

(Kata Allah, firman Allah) Jika sekiranya kamu tidak keluar berjuang untuk menegakkan Islam, nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksa yang pedih. Atau Dia menukar kaum yang lain daripada kamu, yang memerintah kamu, menjadi seksa di dunia sebelum seksa di hari akhirat.

(at-Taubah: 39)

Ayat yang saya baca tadi adalah peringatan daripada Allah S.W.T supaya umat Islam khususnya melibatkan diri dengan usaha untuk menjadikan Islam itu memerintah negara, menegakkan adil untuk semua, dan rahmat kepada seluruh alam.

Seterusnya orang-orang yang bukan Islam, jangan takut kepada pemerintahan Islam. Kalau boleh mereka menerima idealogi-idealogi asing daripada Barat, Komunisme yang kejam, Sosialisme, Liberal Kapitalisme yang bukan dari asal usul mereka, mengapa mereka tidak boleh menerima Islam menjadi dasar pemerintahan negara?

Islam adalah ad-Din, dengan makna yang luas, di dalamnya ada ajaran politik memerintah negara termasuk masyarakat majmuk, berbagai kaum dan agama. Islam pernah memerintah dunia 1300 tahun lebih. Umat Islam mengalami kelemahan apabila mereka meninggalkan Islam. Jatuhnya kerajaan-kerajaan Islam, umat Islam dijajah, termasuk di Tanah Melayu. Perak menempa sejarah Perjanjian Pangkor, campur tangan penjajah. Dan Perak menempa sejarah penentangan umat Islam terhadap penjajah.

member login