Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

PAS ambil semula Permatang Pauh

Semasa
Typography

(Teks transkrip penuh dari ucapan Presiden PAS pada Amanat Presiden PAS PRU-14, 4 Februari 2018 di Hadapan Masjid Jamek Kubang Semang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)


وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

(Firman Allah) Dan hendaklah ada, wajib ada daripada kalangan kamu orang-orang yang beriman, satu ummah, satu kumpulan yang menyeru manusia kepada kebaikan, kebajikan Islam, menyuruh kepada yang baik, dan mencegah kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

(ali-‘Imran: 104)

Di Pulau Pinang Seberang Perai inilah tahun 1951 ditubuhkan Persatuan Islam Se-Malaya PAS. Awalnya NGO, bukan parti politik. Di sini juga Permatang Pauh ketika PAS tenat, tewas di Kelantan, kerajaan dijatuhkan dengan pengisytiharan darurat. Habis kerusi di Terengganu pilihan raya 1978, 1979. Kita menang di Parlimen Permatang Pauh, al-Marhum Ustaz Haji Zabidi Ali. Rakyat Permatang Pauh memilih PAS dalam pilihan raya itu walaupun Kelantan jatuh, walaupun Terengganu tak ada langsung. Kita meleset di negeri-negeri. Tapi di sini kita dapat satu kerusi.

PAS ditubuhkan tahun 1951 adalah kesinambungan daripada perjuangan politik Islam yang telah diharamkan oleh penjajah. Politik menjadi sebahagian daripada ajaran Islam. Adapun ajaran yang mengatakan politik tak ada dalam agama, itu ajaran salah, bukan ajaran Islam. Ajaran yang dibawa masuk oleh penjajah.

Nabi kita Muhammad S.A.W setelah ditolak untuk menegakkan kerajaan di Makkah, maka berhijrah ke Madinah. Untuk apa hijrah itu? Untuk mendirikan kerajaan yang mendaulatkan hukum yang adil terhadap semua. Mendirikan kerajaan itulah politik. Menjadi mesej yang dibawa oleh Nabi-nabi, Rasul-rasul A.S.

member login