Sidebar

PRU14: Buang badi BN, tolak kepuraan PH

e-HARAKAH
KUALA LUMPUR: Penyataan bahawa undi Pakatan Harapan (PH) bererti memberi undi kepada DAP mempunyai asas, logik dan bukti yang sangat kukuh serta jelas, demikian menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin.
 
Tegasnya, berbeza dari dakwaan kononnya mengundi PAS bermakna memberi undi kepada Umno; ternyata ianya tuduhan fitnah, tidak berhubung kait, bahkan propaganda bohong yang sengaja diulang-ulang.
 
"Sejak beberapa tahun ini ia diratib untuk memburukkan PAS, namun hingga kini tidak pernah terjalin pun ikatan yang diadu dombakan itu. Malah bagi mengesahkan tiadanya hubungan dengan parti Melayu tersebut, PAS diletakkan dalam situasi paksaan dan desakan; seolah-olah perlu menampakkan sengketa fizikal terhadap Umno.
 
"Pantang sahaja ada gambar mahupun majlis yang terdapat pimpinan atau warga dari dua parti ini, pasti tohmahan dilempari sewenangnya. Hatta sekalipun ianya amat mustahak dilakukan atas urusan dan perjawatan rasmi yang termaktub berkaitan kerajaan atau agenda melibatkan kepentingan rakyat, negara dan sejagat.
 
"Walhal Penasihat DAP, Lim Kit Siang beberapa kali menyatakan secara terbuka kesediaannya bekerjasama dengan BN termasuk Presiden Umno demi Malaysia. Begitu juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang yang pernah bertemu dengan pemimpin Kerajaan Persekutuan dari Umno," ujar beliau. 

member login