Sidebar

PAS dilihat begitu yakin bahawa pihaknya sudah bersedia untuk  me‘rehat’kan Umno. Beberapa  langkah telah dirancang bagi persediaan mengambil alih pentadbiran Wisma Darul Iman selepas pilihan raya umum ke 14.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Dr. Alias Razak menegaskan PAS Terengganu memang sudah  bersedia untuk memberi ‘rehat’ yang panjang kepada pemimpin Umno khususnya kerajaan Umno-BN di Terengganu  selepas Pilihan raya Umum (PRU) 14 nanti.

“Andainya kita diberi mandat memerintah oleh rakyat, kita telah bersedia dengan segala perancangan untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan BN disepanjang pemerintahannya.

member login

JURAGAN Majal hendak menetap di Cheras, Selangor. Di situ, dekat baginya untuk ke tempat dia mencari kehidupan. Pendapatannya agak lumayan untuk hidup sekeluarga, apatah lagi isterinya berkerjaya tinggi. Mampulah juga dia, seminggu sekali berjalan-jalan bersama keluarga mengambil angin dan mencuba pelbagai makanan hebat-hebat di restoran ternama di sekitar Lembah Kelang.

Isterinya membeli rumah di pinggir bandar negeri beradat. Dia sangat keberatan dan membantah sekeras-kerasnya kerana tidak sanggup berulang-alik dari negeri beradat ke Lembah Subang selama lapan atau sembilan jam di atas kenderaan sehari. Lebih lama umurnya terbuang di atas kenderaan daripada bekerja atau bersama keluarga setiap hari bekerja.

Oleh kerana malas hendak bertengkar berpanjangan dan kasihnya kepada isterinya, dia turutkan saja walau pun hatinya bengkak menanah. Bengkak dan nanahnya terus membusung setiap hari, malah busung hatinya drastik membusut setiap detik terutama ketika dia berada di atas kenderaan pergi dan kembali dari tempat kerja.

Rumah baru isterinya di negeri beradat agak besar. Rumah teres dua tingkat. Tidaklah ramai penghuni di fasa perumahan baru yang dia sekeluarga diami. Aman damai dan sunyi sekali, sehingga bunyi cengkerik dan katak merayu hujan jelas kedengaran di waktu hujung petang, senja dan seluruh waktu malam, apatah lagi di kala dinihari. Kediaman bagai teratak kampung di hujung bendang. Tenang!

Negeri adat

Negeri beradat itu juga agak sesuai untuk membesarkan anak-anak yang sedang meningkat remaja kerana jauh daripada masalah sosial yang kronik membarah di Lembah Kelang. Mengingatkan itu, hatinya bernanah membusung, susut sedikit dan perasaan lega menerpa fikirannya lembut.

Di Selangor, dia banyak menghabiskan masa di tempat kerja. Adakalanya berhari-hari di tempat kerja kerana ingin membina negara lebih maju dengan teknologi serba canggih. Dia hanya sesekali mendengar ceramah di Taman Melewar bersama teman rapatnya yang kini sudah terpesong, mempercayai metos propaganda picisan para pembangsat yang saban waktu menfitnah PAS akan bersama Umno Barisan Nasional.

Dia menjadi tidak keruan apabila dia diminta untuk menubuhkan cawangan di taman perumahan itu, sedangkan masih ramai ahli PAS bermastautin lama di situ. Dengan segala kepayahan, dia berusaha menubuhkan cawangan dengan bantuan segelintir rakan-rakan baru dikenalinya. Man Bai, Rosman, Razif, Hussien, Hafiz dan beberapa orang lagi. Ramai yang masih bersama PAS dan ada juga yang tersesat mengikut parti kuali.

Lebih memeranjatkan Juragan Majal, mereka mencadangkannya untuk mengetuai mereka. Menjadi ketua cawangan baru di taman perumahan didiami serba baru. Dia terkesima termangu buntu. Dia cuba menolak kerana tiada mampu sehingga terfikir untuk kembali ke Lembah Kelang dan meninggalkan selama-lamanya negeri beradat itu.

Hampir mustahil di benak Juragan Majal untuk menjadi ketua cawangan. Mana mungkin, dia menjadi ketua cawangan sedangkan dia bekerja di Lembah Subang. Sepertiga masanya habis di jalanan, sepertiga lagi bekerja dan hanya tinggal sepertiga sahaja lagi untuk berehat dan bersama keluarga. Mana mungkin! Namun dia mengalah juga akhirnya atas desakan bertalu-talu.

Dengan segelintir tenaga dan sekelumit sumber kewangan, mereka bangunkan cawangan. Kemudian mereka menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Banyak peluh meleleh mengalir melencuni baju-baju mereka dan banyak juga tabung-tabung dipecahkan demi melihat cawangan dan Pasti berjalan dengan sesempurna mungkin dan pastinya dengan segala kekurangan kedaifan.

Cawangan baru setahun jagung dan cat dinding PASTI belum kering benar lagi, mereka dihadapkan pula dengan pilihan raya umum ke sebelas. Memang sukar untuk meneroka kawasan baru di pinggir bandar itu.

Kawasan itu sememangnya terkenal sebagai lubuk penyamun berkeris karat bersilang.

Ada kem tentera dan estet-estet dihuni pengundi India serba miskin. Pengundi India bukan sahaja susah kehidupan mereka tetapi paling memedihkan mereka tidak mengenali PAS dan menyangka PAS ini persis seperti parti keris karat bersilang!

Mustahil

Estet-estet disini diwar-warkan dilindungi oleh samseng-samseng. Sukar PAS hendak menjejaki kaki di estet-estet ini, apatah lagi untuk menembusinya. Jauh lagi untuk merayu undi dan berceramah di sini. Mustahil!

Lagi banyak peluh menjejes membasahi langkah-langkah mereka sepanjang perjalanan. Banyak lagi tabung-tabung dan duit belanja keluarga dikorbankan untuk perjuangan ini. Semuanya itu untuk memastikan PAS berjaya bertanding dengan penuh  bergaya walau pun sudah hampir pasti kalah sebelum pilihanraya diistiharkan lagi.

Mujur apabila PRU 11 diumumkan, ramai penyokong datang membantu. Kami pun tidak menyangka sama sekali. Ramai petugas mendaftarkan diri dan ramai daripada mereka, kami tidak pernah kenali sebelum ini. Datang juga bantuan seperti kewangan, air mineral, bendera mencurah-curah! Akhirnya PAS berjaya bertapak termasuk di estet-estet.

Setelah lebih sedekad, cawangan kini telah dikemudikan oleh tokoh anak tempatan, mantan calon dan orang kaya taman. Cawangan dan PASTI semakin maju dan ahli PAS taman juga semakin ramai dan mantap.

“Sheikh, anta di minta untuk menjadi ahli dewan harian perhubungan.” Seorang rakan Juragan Majal memaklumkan kepadanya.

“Oh… tidak! Aku tidak terima.”

“Apa alasan anta?”

“Pesuruhjaya hendak lantik aku jadi ahli badan perhubungan pun, aku mendiamkan diri. Ini pula dewan harian. Osah gilo ea…”

“Itu bukan alasan.”

Dulu

“Dulu aku berkerjaya dan sekarang aku meniaga. Hampir sedekad meniaga, masih terkial-kial mencari segentel laba setiap bulan. Dulu, sumber kewangan aku mantap, kini menyesakkan jiwa sehingga hendak mengisi minyak kereta buruk itu pun aku kena kira duit yang ada dan kadang-kadang tersentap. Sesekali terpaksa menampal kulit buaya di muka ini untuk meminta daripada isteri sedikit duit untuk belanja diri. Itu pun terasa seperti seperti Gunung Datuk melayang-layang dan menjunam deras keras di atas ubun kepala.

“Dulu aku kesempitan masa, kini banyak terluang. Namun dulu, aku muda belia tetapi sekarang penyakit sudah banyak bersarang di dalam tubuh raga. Naik pejabat perhubungan pun aku mencungap sesak dada.

Dulu aku mampu menghunus parang jika musuh khianati parti tetapi sekarang langkah aku longlai. Hendak berdiri pun susah sekali!”

“Itukah sahaja alasan anta sedangkan panggilan jihad menggamit anta?”

“Itulah sahaja alasan aku yang kini serba lemah dan sering berdoa semoga tidak terus mengalah! Carilah orang lain. Lebih hebat ketokohannya. Jika boleh, biarlah anak tempatan. Aku ini anak luar dan lebih sedekad menjadi umpatan!”

“Mana ada tokoh lain, Sheikh!”

“Aik… Dulu, ketika aku baru menjejaki kaki di sini… ramai tokoh tempatan bertelagah sehingga bermasalah organisasi. Banyak kawasan yang tergantung tanpa tali. Sehingga ahli lali dan ada yang melarikan diri. Mana perginya tokoh-tokoh itu? Sehingga bila aku turut terlibat memberontak atas kebejatan pemimpin tiada berotak, aku pun digelar pengkhianat parti.”

“Ramai tokoh itu sudah menubuhkan parti kuali.”

“Ya… aku tahu. Salah seorangnya, menggelarkan aku pengkhianat parti. Kini, jelas beliau yang khianati parti. Busuk di segenap hati sehingga terkenal seantero negeri. Namun aku pasti, masih ramai lagi bersisa di dalam parti.

Jawapan

“Kau pun apa kurangnya. Bekas pegawai bank dan anak tempatan. Punyai syarikat pelancongan sehingga mampu membawa orang melawat dan makan angin ke seluruh pelusuk dunia.”

“Ana tetap menunggu jawapan tuntas daripada anta.” Bukan jawapan daripadanya tetapi kilasan melarikan diri.

“Tidak perlu tunggu. Itulah jawapan aku. Tuntas… tidak!”

Perbualan itu berakhir dan lenyap di bawa angin lalu ke pantai Teluk Kemang.

Cantik dara anak negeri,
Tepi kali mambawa hati;
Aku impikan setiap hari,
Tokoh wali kemudi parti.

Sedihnya hati asyik kelahi,
Sepanjang umur kena perhati;
Tokoh sejati diberkati Ilahi,
Bawa makmur penyatu hati.

Duduk teleku tangan di pipi,
Rasa gundah natijah hati;
Adakah aku hanya bermimpi?
Moga Allah jadikan realiti.

“Indah pantun abang.” Pujian seorang teman.

“Pantun indah sekadar luahan rasa. Tiada laku dijual. Hanya mampu selitkan dakwah santai semoga memikat jiwa. Tuan apa kurangnya. Tokoh juara pemantun menyorokkan kukunya.”

“Abang, apa maksud pantun itu?”

“Dulu aku mengharapkan tokoh nasional dan anak negeri ini untuk kembali memajukan PAS negeri. Ramai pemimpin nasional berkelana memajukan PAS di negeri lain sehingga lupa tanah adat sendiri. Harapan aku itu cuma tinggal harapan.

“Aku juga mengharapkan tokoh bertaraf wali seperti TG Nik Aziz atau TG Abdul Hadi Awang dilahirkan atau diturunkan Allah SWT ke tanah beradat ini. Semoga beliau mampu menyatukan ahli-ahli PAS di negeri ini dan memajukan parti seiring dengan negeri-negeri lain.”

“Jika Ustaz Rosli Jabar diarahkan ke negeri ini sekali pun, belum tentu beliau mampu memajukan parti seperti di Pahang.” Celahan kata teman itu.

“Kenapa begitu pesimis?”

“Dengan keadaan dan sumber yang ada di negeri ini, Keadaan PAS negeri ini sangat mendukacitakan sekali.”

“Aku harap jika insan seperti Ustaz Rosli mengemudikan parti di negeri ini, ramai permata menimbulkan diri setelah lama terbenam atau dibenamkan di dalam lumpur hanyir di tengah kali. Aku yakin, negeri ini masih menyimpan permata berharga tetapi telah diketepi dan disemadikan sebelum mati.

“Atau mungkin atas ketokohannya, beliau mampu menghasilkan ramai permata baru yang cantik bersinar tekun digilap setiap pagi. Atau beliau mampu menyatukan hati pemimpin dan ahli. Melahirkan pemimpin bertindak secara kolektif dan semua ahli berpadu hati.”

“Abang hanya bermimpi dan sukar untuk diimplementasi. Tidak mungkin Ustaz Rosli ke mari. Negerinya juga perlu dibelai dan ramai asnaf perlukan sentuhan jarinya saban hari.” Teman Juragan Majal mencelah lagi.

“Tuan benar. Paling tidak aku berharap agar ada ramai tokoh sufi atau tokoh berkaliber dalam seni politik atau tokoh jutawan dermawan dari negeri-negeri lain berhijrah ke sini beramai-ramai membangunkan PAS negeri ini. Aku juga sudah terjumpa seorang permata, tokoh muda nasional anak negeri. Bersungguh aku berusaha untuk dia balik menyumbangkan bakti”

“Siapa orangnya, bang?”

“Tuanlah orangnya. Aku sangat mengharapkan tuan balik dan menumpukan segenap usaha menjaga PAS negeri di mana tumpahnya darah tuan.”

“Tidak abang. Aku masih bercita-cita untuk pulang ke negeri asal orang tua aku. Kami sekeluarga telah berkorban dan mengengkek membangunkan PAS di sini bersama-sama beberapa orang lain. Di kala PAS sangat asing di negeri ini, kamilah menebas hutan membuat denai laluan kepada PAS. Walau pun negeri ini tempat keluarga aku bermastautin begitu lama dan negeri tumpahnya darah aku tetapi warganya masih menganggap kami sekeluarga masih sebagai pendatang bertandang membawa malang!”

“Jika tuan dan keluarga pulang ke negeri asal. Bagaimana dengan aku. Negeri ini bukan negeri asal keluarga aku dan bukan juga negeri tumpahnya darah aku. Hendak biarkan aku terus mengengkek membangunkan PAS tanpa teman?”

“Jangan risau… Abang tidak akan dilupakan.”

Juragan Majal tersenyum kelat, sekelat hatinya! .– HARAKAH 15/10/2017

ALHAMDULILLAH, minggu lepas saya berkesempatan menonton filem Bisik Pada Langit. Mengimbau kembali kenangan sewaktu pergi menonton filem Syukur 21 lebih 15 tahun yang lalu sewaktu belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Maklumlah masa tu tak biasa ke panggung wayang dan berkopiah pula, rasa macam janggal skit. Tapi gagahkan juga dengan kawan-kawan untuk pergi demi mahu menyokong kumpulan Raihan, Nasyid dan Filem bertema Islamik.

Saya bukanlah nak mengulas terperinci mengenai filem Bisik Pada Langit ini, sebab ulasan tentangnya dah banyak kita boleh baca. Cuma saya mahu sentuh di sini betapa pentingnya karya positif sebegini disokong supaya ia mendapat sambutan bertaraf 'Box-office' yang akan menyebabkan landskap perfileman negara kita berani berubah.

Bayangkan dalam sebuah pawagam yang selalu dikaitkan dengan tempat yang gelap, maksiat, negatif namun penggiat filem ini berjaya menerobos masuk ke situ dengan memasukkan nilai-nilai dakwah. Bermula saja cerita beberapa saat pertama, Azan/Iqamah berkumandang sewaktu adegan kelahiran Hajar. 

member login

Subcategories