Di celah Nuzul Quran dan Lailatul Qadar

SUBKY LATIF | .

SETIAP tahun sebelum saya menyertai PAS dan sesudah berada dalam PAS hujung tahun 70-an tiap-tiap Ramadhan PAS di sana sini mengingati peristiwa besar pernah terjadi dalam bulan Ramadhan dikaitkan sejarah itu dengan perjuangan PAS.

Atas semagat peristiwa itu dan perkembangannya, jadi inspirasi kepada PAS dan gerakan Islam seglobal menyemarak dan mengukuhkan jihadnya bagi membentuk order Islam di sana sini.

Peristiwa besar dan pnting itu ialah 17 belas Ramadhan dan sepuluh malam terakhir bulan puasa.

Dua kejadian penting sempena 17 Ramadhan iaitu hari anugerah Allah paling besar kepada manusia kerana diturunkan al-Quran ke langit dunia bagi disalurkan kepada Rasulullah beransur-ansur selama 23 tahun. Dan pada hari besar itu juga Nabi mengepalai jihad kemenangan Islam atas kuasa musyrikin jahiliyah Quraisy dalam perang Badar al-Kubra, permulaan kecemerlangan Islam dan permulaan kehancuran tentera jahiliyah.

Pada malam Nuzul Quran itu dimasyhurkan Muhammad sesbagai nabi dn rasul terakhir membawa rahmat kepada sekalian alam. Hari itulah permulaan masyarakat jahiliyah membenci baginda sedang sebelumnya baginda adalah putera Arab yang paling mereka percayai.

Pada perang Badar itulah terbunuhnya bapa jahiliyah Arab yang utamaAbu Jahal dan atas kekecewaan kemenangan Islam itulah penentang utama Rasulullah, Abu Lahab diserang sakit jantung dan mati.

Dan al-Quran yang diturunkan itu adalah mukjizat terbesar sepanjang sejarah para nabi dan rasul dan sumber cahaya utama bagi sekalian makhluk hingga kiamat.

Atas rahmat utamanya adalah untuk Islam maka PAS sepanjang masa membaharui api perjuangannya mengingati Nuzul Qurn dan kemenangan Badr al-Kubra.

Maka pada 10 malam terakhir Ramadhan itu PAS bercakap menyeru penyokongnya dan umat Islam umumnya beriktikaf di masjid dan di mana-mana tempat ibadat orang Islam kerana dalam tempoh itu rombongan malaikat Lailatul Qadar ke atmosfera dunia bagi menganugerahkan sesiapa yang menyambutnya syafaat pahala yang lebih baik dari ibadat seribu bulan.

Lebih baik dari 1,000 bulan, mungkin tidak sekadar 1000 bulan. Mungkin 1,500 bulan, mungkin 2,000 bulan.

Pada 10 malam terakhir itu bahagian dunia yang malam sesak dengan malaikat, masng-masing meninggalkan tempat yang siang kerana ziarah dan anugerah itu untuk malam saja. Maka malaikat itu berpusu dan bersesak di bahagian kedua malam. Bukan sekadar bandar-bandar dan lebuh raya sesak dengan manusia dan kenderaan menjelang Idilfitri itu, bahkan dunia ktika itu padat dengan malaikat.

Lailatul Qadar datang memberi anugerah kepada orang soleh dan taubat yang berjaga malam. Bagi yang taubat, mungkin kosong pahalanya sebelum taubat. Apaila taubat hapus dosanya, tetapi kosong pahalanya. Maka Allah beri sekali saja Lailatul Qadar nescaya buku amalan soleh mereka. Jika dia dapat lebih dari sekali Lailaul Qadar, maka bergandalah tebal buku amal soleh itu.

Maka setiap datang Ramadhan, ramai pejuang PAS mengingatkan dirinya dan orang ramai supaya mengisi peluang yang Allah limpahkan sepanjang bulan Ramadhan itu. Mengingatkannya berpahala dan lagilah menghayatinya sendiri.

Tetapi tidak pasti apakah orang PAS cukup masa berwaspada dengan hikmah dan rahmat Nuzul al-Quran, perang Badar dan anugerah Lailatul Qadar kali ini justeru banyak persiapan bagi membentuk wadah baru pro DAP bagi menggantikan ruang yang dikosongkan PAS dan bagi yang tidak terlibat mungkin menggunakan masa bimbang tentang ancaman hilang sokongan bagi PAS. - HARAKAHDAILY 15/7/2015

Share on Myspace