Muhyiddin dibuang sebelum Najib dibuang

SUBKY LATIF | .

SETAHUN dulu, Jun 2014, saya menulis di Harakah tentang TS Muhyiddin Yassin hendak meninggalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sebabnya dikatakan tidak seronok dengan pimpinan dan pentadbiran PM Najib.

Hanya pada 28 Julai 2015 baru hasratnya itu berjaya apaila PM Najib dikatakan merasanya payah untuk menggugurkanya dari kabinet tetapi amat senang melucutkannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sebab segera pembuangan itu justeru Muhyiddin tidak gembira dengan skandal 1MDB yang dipercayai Najib tidak suka menyelesaikannya. Banyak lagi yang Muhyiddin tidak gemar tentang tindakan Najib, kira-kira setengahnya telah Tun Dr. Mahathir dedahkan.

Sekarang cakap hendak membuang Najib berkembang. Dan Najib ingat Muhyiddin pernah membantunya mmbuang PM Abdullah Badawi. Tidak mustahil Muhyiddin yang rapat dengan Dr. Mahathir itu boleh membuang Najib. Maka sebelum Najib dibuang, maka cepat-cepa dia buang Muhyiddin dulu sebelum terlambat.

Tetapi dengan membuang Muhyiddin itu tidak pula Najib boleh selamat. Membuang Muhyiddin itu adalah termasuk satu pakej melambatkan dia dibuang. Antaranya menggendalakan sistem penyiasatan hantu raya 1MDB. Peuam Negara Gani Patail dibuang mengejut. Nur Jazlan dan beberapa anggota PAC dijadikankan Timbalan Menteri terpaksa mengosongkan jawatan dalam PAC.

Semuanya adalah ikhtiar politik Najib bagi melambatkan sistem penyiasatn tentang hantu raya 1MDB itu. Mungkin Najib mati dulu sebelum ia selesai?

Kedua Muhyiddin yang dibuang itu adalah Menteri Pendidikan. Bila TPM jadi menteri pelajaran banyak tugas transformasi perlu diprogram. Dia berhenti digantikan oleh Mahdzir Khalid, seorang yang tdak termasuk dalam 10 pimpinan utama UMNO. Menteri Pelajaran biasa adalah jawatan kanan kabinet.

Jika gantinya Khairy Jamaludin, barulah padan dengan kehebatan menteri yang pergi. Harapan orang pada menteri yang baru bermula dengan mendatar.

Tiada komen tentang pengguguran Hasan Malik yang pro saudagar karpet mendapat kemudahan puluhan juta dari Bank Rakyat hingga tahap skendalnya kurang sikit dari 1MDB.

Kita tidak tahu sebab Shafie Apdal di buang. Adakah justeru membenarkan Mara membeli beberapa bangunan di Australia dengan harga menyolok mata?

Akan tetapi Shafie Apdal itu adalah Naib Presiden UMNO kedua. Apabila Zahid Hamidi jadi Timbalan Perdana Menteri, sepatutnya Naib Presiden kedua naik jadi orang kedua kanan dalam kabinet selepas Perdana Menteri. Jika ditakdirkan Najib mengosongkan jawatannya dalam waktu yang terdekat ini, wajarlah Zahid mengambil Shafie sebagai TPMnya disebabkan oleh kekananannya dalam parti dan dalam kabinet.

Apabila Shafie digugurkan dari kabinet, maka orang terkanan dalam kabinet selepas Zahid ialah Hishammuddin Hussein, sepupu Najib.

Memang telah banyak disaksikan Najib dikatakan mahu sepupunya menjadi gantinya sekalipun Zahid tercokoh di depannya.

Dengan membuang Muhyiddin dan Shafie Apdal orang boleh berkata. Ia boleh memberi jalan pintas kepada Hishammuddin untuk menjadi pengganti Najib atau sekurang-kurangnya jadi Timbalan Perdana Menteri. Dalam sejarah Malaysia lebih ramai TPM tidak jadi PM. Johor sendiri teermasuk Muhyiddin ada empat TPM. Hussein Onn saja yang jadi PM.

Maka orang boleh kata rombakan kabinet itu adalah atu helah Najib bagi menjadikan sepupunya menjadi pengantinya. Dengan sepupunya jadi pengganti, moga-moga segala kerenah Najib tidak akan ditakwil.

Yang jadi perhatian sekarang adakah redha Muhyiddin atas pembuangannya itu, dia biarkah saja Najib bermaharajalela melakukan kerosakan kepada negara?

Moga-moga Luncai bangun dengan labu-labunya, galakkan! Galakkan! - HARAKAHDAILY 31/7/2015

Share on Myspace