Kempen Pak Nik Lah melalui songkok

SUBKY LATIF | .

JUSTERU Datin Mastura berada dalam idah, makan calon Barisan Nasional dalam PRK Kuala Kangsar dikecualikan menghadiri kempen di luar rumah.
    
Pimpinan BN setakat ini nampaknya bersetuju, kempennya adalah melalui kmudahan kemudahan lain sistem jentera pilihan raya parti yang lengkap, penggunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih dan waris terdekat iaitu anak-anak dan mertua menggantinya menemui pengundi.
     
Tiada yang ganjil bagi calon tidak hadir sepanjang kempen. Bahkan calon PAS Nik Abdullah Arshad yang ditahan di bawah ISA dalam PRU 1964 hanya menghadirikan songkoknya dalam kempennya dan dia menang.
    
Pak Nik Lah sebelumnya sudah menjadi Adun Kelantan.
    
Kemenangan Pak Nik Lah itu adalah disebabkan jentera kempen yang sempurna dan dia sendiripun seorang mesra pengundi masa itu.
   
Pengundi kebanyakannya mengira penahanan tanpa bicara itu adalah satu kezaliman kerajaan, maka kemenangannya itu adalah satu unjuk rasa protes rakyat.
    
Penyertaannya dalam pilihan raya itu tidak melanggar apa-apa peraturan. Sekalipun ramai orang bebas di Pengkalan Chepa boleh menjadi calon tetapi keadilan PAS terhadap pemimpinnya yang ditahan adalah satu pembelaan terhadap penindasan.
    
Akan tetapi pencalonan BN terhadap Datin Mastura yang dalam idah menyentuh pantang larang hukum bagi seorang balu. Pantang itu bukan seumur hidup. Hanya selama empat bulan sepuluh hari.
      
Tempoh itu membataskan hubungannya secara bebas dengan sebarang orang yang tidak berkenaan. Yang paling perhatikan dalam masa idah iu ialah menjauhkan diri dari sebarang fitnah.
     
Tiada mana peraturan seorang suami yang mati, kekosongan jawatannya mesti diganti oleh balunya. Bahkan ia  tidak berlaku di mana-mana dunia kecuali dalam keadaan yang amat terdesak dan dramatik seperti yang peernah berlaku di Sri Lanka dan Filipina.
    
Sebelum nama Ceylon ditukar kepada Sri Lanka, Presidennya Solomon Bandranaike dibunuh. Dalam pilihan raya bagi menggantikannya, balunya dicalonkan bagi menggantikan suaminya dan dia menang.
     
Di Filipina pemimpin pembangkang Aquino yang pulang dari buangan ke Amerika sebaik pulang untuk memimpin gerakan menumbangkan regim Marcos ditembak mati sebaik keluar dari pintu kapal terbang. Dalam drama yang menggelegak ini orang memunculkan balunya  untuk mengepalai penggulingan Marcos. Maka tergolek Marcos oleh seorng balu.
    
Dalam kes yang terdesak juga Anwar Ibrahim yang dipecat dari Umno dan Timbalan Perdana Menteri, kerusi Parlimennya hanya boleh diganti oleh isterinya, Dr Wan Azizah. Ia adalah satu senario istimewa dan amat mendesak.
     
Tetapi apa yang amat mendesak maka kerusi Parlimen Kuala Kangsar mesti digantikan oleh balunya? Apa lebihnya almarhum MP Kuala Kangsar, maka kerusinya mesti diganti oleh balunya. Jamaludin Jarjis adalah pimpin yang lebih menonjol. Bekas menteri dan bekas Duta Besar ke Amerika. Dia pun mati jatuh kapal terbang. Tetapi tidak pla balunya dijadikan calon PRK Rompin.
    
Ramai wakil rakyat BN mati, tidak pernah kerusi mereka diganti oleh balu masing-masing. Jika MP Kuala Kansar itu hebat sangat, tentu dia dijadikan menteri. Tetapi dia sekadar MP biasa.
    
Atau mungkin Datin Mastura itu amat berbakat sebagai pemimpin. Mungkin boleh menggantikan Shahrizat Jalil. Tapi tunggulah PRU14 yang kurang dari dua tahun lagi.
     
Mengapa diganggu orang dalam idah yang sekali gus Umno boleh dilihat bermain senda dengan agama. - HARAKAHDAILY 1/6/2016

Share on Myspace