Islam wajib terima 100 peratus

HARAKAHDAILY | .

MENGAPA umat Islam hendak sangat RUU 355 dan ia perlu dipejuangkan?
      
Kerana mereka takut jadi kafir dan terjerumus ke lembah kekafiran. RUU 355 itu adalah demi memperkasakan mahkamah Islam, supaya tidak ia rendah daripada mahkamah majistret, mahkamah awam yang terendah sekali di negara ini. Justeru Islam itu diperlembagakan sebagai agama persekutuan, maka mahkamah agama itu sewajarnya setimpal dengan agama rasmi/negara.
     
Selama 59 tahun merdeka, maka martabat mahkamah agama rasminya amat rendah malah terendah dari yang lain-lain yang bukan dalam status mana-mana agama yang tidak termasuk dalam agama persekutuan.
     
Oleh sebab Islam itu agama orang Islam, apa juga boleh memperkasakan Islam, dan tidak meletakkan Islam di bawah daripada yang lain-lain, maka ia dikira wajib.
     
Jika Islam Rusia dan Amerika tidak dapat adakan mahkamah syariah, maka bersabarlah umat Islam kerana negara-negara itu agama rasminya lain dari Islam. Tetapi dalam hati dan iman orang Islam wajar dan wajib keinginan ada mahkamah sedemikian. Dengan halangan yang ada, tidak dapat mengadakan mahkamah seperti tidak menjadikan mereka kafir.
      
Tetapi bagi negara Islam menolak apa jua yang boleh memertabat dan melaksanakan Islam boleh cacat akidah. Tiada apa umat Islam dapat buat bagi memartabatkan semasa penjajah. Tidak kafir mereka dengan halangan itu. Tetapi ibadat orang Islam dalam negara tidak mendaulatkan Islam kecil pahalanya. Beribadat dalam negara yang mendaulatkan Islam tak terhinggalah pahalanya.
     
Perbandingannya sama dengan solat sendirian. Ada pahala tetapi satu saja dibandingkan 27 bagi solat berjemaah. Solat orang nikah jauh besar pahalanya daripada solat orang bujang. Ini antara yang menguntungkan orang suka nikah. Itu juga antara alasan untungnya orang Islam duduk dalam masyarakat yang mendaulatkan Islam.
      
Tidak jadi kafir kalau RUU 355 itu tidak dapat diadakan, tetapi menentangnya boleh mencacatkan iman orang Islam. Tiada keinginan, tiada niat dan tiada usaha untuk mengadakannya boleh menjadi iman dan aqidah tidak sempurna. Tidak sempurna boleh sama dengan macam-macam seperti cacat, rosak, retak, serpih, pecah, binasa atau musnah.
     
Maka orang Islam yang beriman dan takwa tidaklah sama dengan orang Islam saja yang imannya nipis atau tebal, kuat atau goyang. Orang Islam boleh sambalewa nak laksana Islam atau tidak. Yang beriman dan takwa, amat peka dan prihatin tentang kesempurnan akidah dan kedaulatan Islam.
     
Iman menawarkan umatnya menerima Islam 100 peratus. Sama ada alim atau tidak, ulama atau awam, taat atau culas, wajib menerima ajaran Islam sepenuhnya. Jika Islam itu ditolak sekalipun sekadar 0.001 peratus, sudah terima 99.999, maka dia jadi kafir.
     
Sebagai seorang Islam, dia langgar banyak rukun, bergelumang dengan maksiat tapi mengaku Islam itu suci 100 pratus, dia sekadar berdosa dan mungkin lama tinggal di neraka. Tetapi apabila dia sudah terima Islam 99.999 peratus, dia solat, dia puasa, tolak 0.0001 saja, dia jadi kafir.

Tempat pulangnya kekal di neraka. Seorang jumpa Rasulullah SAW nyatakan setuju masuk Islam, tapi kecualikan hak berzina baginya. Baginda  tolak.
     
Apabila orang Islam perjuang bersungguh akan RUU 355 itu ialah mereka takut jadi orang meremehkannya, takut mereka termasuk orang yang menolak 0.001 peratus itu. Untuk itu orang Islam sudah berkompromi, RUU 355 untuk orang Islam saja. – HARAKAHDAILY 6/9/2016

Share on Myspace