Untungnya Donald Trump menang

SUBKY LATIF | .

TELAH dua kali saya tulis tentang tuah kita jika Donald Trump memenangi pilihan raya Presiden Amerika. Sekali semasa kempennya dan sekali ketika dia mendahului Hillary Clinton semasa pilihanraya itu.
     
Sebagai penduduk dunia saya besama semua bimbang akan kemenangannya. Tetapi sebagai orang Malaysia, jika benar dia akan membakul sampahkan TPPA, perjanjian perkongsian dagang Pan-Pasifik, maka ia boleh melepaskan Malaysia dari terjajah semua. Mungkin tuah itu satu dibandingkan dengan kebimbangan yana banyak bagi penduduk dunia, tetapi yang satu itu menjamin kedaulatan dan kemerdekaan negara sebagai bangsa yang bermaruah.
     
Dan sekarang Donald Trump belum mengubah dasar semasa kempennya tentang TPPA. Amerika dipercayai tidak akan bersama TPPA.
    
Pendapat umum Malaysia menolak TPPA kerana ia akan akan kita akan hilang status kemerdekaaan sekali lagi, tiada cara ia boeh dimerdekakan semula. Hanya yang menyokong Anggota Parlimen BN yang bermajoriti kecil dan kerajaan/pimpinan BN itu sendiri berdepan dengan krisis keyakinan. Keputusan menyertainya tidak popular dan dibuat oleh kerajaan dan Perdana Menteri yang tidak popular.
     
Penjajahan yang digeruni itu adalah Amerika, bukan lain-lain anggota yang 13 semuanya.
     
Apabila Amerika tidak ada ancaman hilang kemerdekaan itu tidak berbangkit. Apakah tanpa Amerika TPPA tidak bererti lagi? Jika dilihat pada projek itu adalah tajaan Amerika, maka tiada Amerika ia seperti tiada lagi.
     
TPPA itu dipercayai baik untuk semua jika tiada Amerika. Ia adalah satu konsep kaukus Pasifik yang pernah dicadangkan oleh Perdana Menteri Mahathir dulu. Ia satu kerjasama dagang penting serantau bagi kesejahteraan negara-negara Pasifik. Ia mendapat perhatian banyak pihak, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang Amerika.
     
Dr Mahathir tidak mahu ia disertai Amerika. Bila Amerika  campur, maka Amerika akan jadi raja dalam pakatan itu. Bila Amerika tidak disertakan, maka Amerika pengaruhi lain-lain negara jangan jayanya gagasan itu.
     
Mentiadakan Amerika bukan bererti untuk disasarkan kepada Amerika atau mengepung Amerika. Tetapi tidak mahu Amerika jadi  raja seperti TPPA yang Obama pelopori itu. Bila dia jadi raja habislah orang lain ditelannya kerana ia banyak modal  dan ia punya ramai orang kaya seperti Donald Trump yang belanja kempennya adalah dari kekayaan ssendiri dan sekarang dia tidak mahu ambil gaji Presiden. Saudagar Amerika akan bolot semua peluang ekonomi/dagang.
     
Bila Donald Trump tolak TPPA, maka terlepaslah semua dari belenggu penjajahan maharaja Amerika. Tetapi ini tidk bererti TPPA patut dibengkalai. TPPA boleh jalan terus  tanpa Amerika dengan  semua anggota berstatus  equal-footing, duduk sama rendah berdiri sama tinggi.
     
Saya teringat zaman Komanwel bermasalah dengan Afrika Selatan yang mengamalkan apartheid. Britain sebagai negara berpengaruh dalam Komenwel sayang pada Afrika Selatan. Yang lain mengirakan duri dalam daging. Ramai anggota mahu keluar Komanwel. Pedana Meneri Tunku Abdul Rahman menolak keluar Komanwel sebaliknya memecat Afrika Selatan dari Komanwel. Itulah yang kepada Afrika Seltan.
     
Bukan senang bagi TPPA memecat Amerika, tetapi kalau Amerika menarik diri, bahagia bagi TPPA. Ia bebas dari maharaja. Tanpa Ameerika 12 anggota itu boleh jadikan ia tambah baik dan membuka keahlian kepada lain-lain negara Pasifik seperti China, Indonesia, Thailand, Tawian dan lain-lain negara Latin Amerika.
     
Tengok semula konsep kaukus yang Mahathir cadang dulu.
      
Moga-moga Trump tidak ubah sikapnya terhadap TPPA. - HARAKAHDAILY 19/11/2016

Share on Myspace