BR1M adalah rasuah?

SUBKY LATIF | .

SEBELUM keluar Umno lagi Tun Dr. Mahahir bermulahazah BR1M adalah satu gejala rasuah dan memang yang terasa begitu kerana ia ada irapnya dengan amalan politik wang dalam Umno  setiap kali musim pemilihan Umno.
      
Rata-rata pemimpin Umno yang bertanding apa jua jawatan melabur besar bagi mendapatkan sokongan perwakilan. Amalan ini telah diterima oleh Umno sebagai rasuah politik yang amat bahaya pada parti itu dan ia mempengaruhi politik kerajaan apabila yang menang duduk dalam kerajaan.
       
BRIM bermula semasa hendak menghadapi kerajaan. Bagi memesti kerajan terus berkuasa, satu caranya memberi BRIM kepada orang berpendapatan kecil. Mungkin pemberian itu satu kaedah yang difikirkan oleh Bank Negara bagi meringankan beban orang miskin tetapi kerajaan boleh memanfaatkannya demi kepentingan parti yang memerintah.
       
Apa yang dicurigai oleh Mahathir itu  telah ada pada persepsi pembangkang. Dan kini Dr. Mahathir menegaskan lagi ia adalah satu bentuk rasuah. Ia dikongsi oleh sekalian yang amat tidak yakin kepada kerajaan dadn pemimpin yang ada sekarang.
      
Ia jadi polemik yang panas antara penyokong kerajaan dan pembangkang. Ada menteri mengiranya, pandangan Mahahir itu tidak masuk akal. Tetapi ramai mengira ia masuk hati. Akal boleh berpusing justeru mabuk atau otak tak stabil. Tetapi hati tidak menyebabkan oang gila.
      
Apapun masalah di hadapan kita ialah BRIM itu sudah didakwa rasuah bukan sekadar dari segi poliik, bahkan pada agama Islam dan ia mempengaruhi ramai. Rata-rata yang berada di bawah ketiak PM Najib mengira ia bukan rasuah. Malah ada peguam mengira tidak rasuah.
      
Yang menentukan ia rasuah atau tidak hanya mahkamah. Yang arif benda ini sabit rasuah boleh dibuat oleh SPRM dan Majlis Fatwa.
       
Sekarang belum ada aduan kepada polis dan SPRM. Sama ada aduan atau tidak SPRM boleh mengadakan siasatan. Polis boleh mengemukakan siasatannya kepada Peguam Negara. Justeru banyak hasil siasatan beku di Jabatan Peguam Negera, maka orang merasakan SPRM wajar melakukan pendakwaan.
       
Mahkamah yang tahu dosa dan pahala tidak teragak-agak membuat keputusan yang adil.
      
Kerana Dr. Mahatir juga mengira ia rasuah di sisi agama, maka Majlis Fawa yang ahlinya para Mufti boleh membuat. Jika Mufti berpegang pada ajaran betapa dari tiga hakim seorang saja masuk syurga, dua lagi ghaib, maka Majlis Fatwa tentu mahu memastikan mereka adalah satu dari tiga hakim yang masuk syurga tadi. Maka tak ragu lagi mereka boleh membuat keputusan yang adil.
        
Kebelakangan ini orang tidak begitu yakin akan kebebasan hakim dan institusi agama. Ia dirasakan banyak dipengaruhi oleh kuasa politik. Bagi menentukan hakim dan tok-tok kadi menegakkan keadilan yang jitu, mungkin Yayasan Dakwah perlu memainkan peranan bagi menyampai dakwah kepada sesiapa yang berkenaan, supaya institusi kehakiman sentiasa berwibawa.
       
Jangan dibiarkan isu itu menjadi meriam asap bagi penyokong kerajaan berperang dengan Dr. Mahathir.
      
Apapun pemberian BRIM ini adalah pendekatan yang tidak selari dengan peribahasa yang terpakai di seluruh dunia, jangan bagi ikan kepada orang mahukan ikan, tetapi bagi mereka  pancing. Cara kerajaan membantu orang miskin ialah memberi mereka duit, sepatutnya bantu mereka berdikari.
       
Ternyata apa kerajaan terpaka mengeluar berejuta-juta peeruntukan untuk BRIM, ia adalah tanda kerajaan selepas merdeka gagal menjadikan rakyat berdikari. Ia tidak ajar rakyat bekerja tetapi suap ikan ke mulutnya.
        
Sampai bila kita nak jadikan rakyat begitu? - HARAKAHDAILY 31/12/2016

Share on Myspace