About

HarakahDaily ialah akhbar yang diasaskan pada 1987 oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS diberikan permit penerbitan Harakah pada 1 Mac 1987 dengan kekerapan seminggu sekali. Edisi pertama Harakah diedarkan tujuh hari sebelum Muktamar PAS ke-33 iaitu pada 3 April 1987 dengan cetakan sebanyak 15,000 naskah. Pada awalnya ia dijual pada ahli PAS dengan bilangan 35,000 keluaran. Peneraju awal Harakah adalah Ustaz Dato’ Mohammad Nakhaie Ahmad dan dibantu oleh Haji Subky Abdul Latif, Mohd Yusof Jalil dan Ishak Haji Surin.