Apa Itu eOperasi? Cara Untuk Log Masuk Terkini

Ramai ibu bapa yang sibuk dengan peranti tatkala anak-anak mula PdPR bersama guru. Selain PdPr, cuba kita lihat sekeliling apa yang kita gunakan pada hari ini. Telah banyak kemajuan yang negara capai dalam sistem pendidikan. eOperasi adalah salah satunya. Sistem ini merupakan modul pengurusan guru yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Lihat betapa bertuahnya guru kini kerana disediakan pelbagai kemudahan dalam memastikan sistem pendidikan berjalan dengan sangat lancar. Apa itu eOperasi dan kelebihannya?

eOperasi Dan Kelebihan Kepada Guru

eOperasi ini dicipta khas bagi digunakan oleh para guru dalam mengemas kini data mereka dalam perkhidmatan pengajaran dari masa ke semasa. Ini adalah inisiatif yang amat bagus dari Kementerian Pendidikan Malaysia buat semua para pendidik di Malaysia.

Selain itu, Kerajaan juga telah mengembangkan beberapa sistem lain untuk kemudahan semua pihak dalam hal yang berkaitan dengan pelajaran. Antaranya adalah sistem berikut:

  • SAPS Ibu Bapa
  • APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid)
  • HRMiS
  • Jawatan Kosong

Kebaikan Menggunakan Sistem Ini

Semak Maklumat Guru

Antara kelebihan dari sistem eOperasi ini adalah para guru dapat menyemak maklumat seperti status guru sekiranya mereka ingin bertukar tempat melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG).

Kerja Dan Tugasan Dilaksanakan Dengan Mudah

Dengan adanya sistem ini juga, semua kerja dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat kerana semuanya hanya di hujung jari anda sahaja. Justeru, itulah antara salah satu kelebihan teknologi internet pada masa kini yang memudahkan urusan semua pihak.

Sistem Laju Tanpa Down

Guru digalakkan untuk menggunakan sistem eOperasi ini kerana ia dikatakan tiada masalah Down Website atau sistem tidak dapat diakses oleh para guru. Modul yang digunakan oleh sistem ini menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna seperti pengguna dan pentadbir sistem.

Mempunyai Beberapa Kategori

Kategori pengguna pula melibatkan guru dan pengguna biasa, manakala kategori pentadbir sistem melibatkan pengurusan daripada pihak KPM di peringkat bahagian negeri, daerah serta sekolah.

Hanya untuk pengguna yang melibatkan guru, ia dapat meringankan semua tugasan kerja yang diberikan. Harus anda sedia maklum, masih ada sesetengah guru yang belum mahir menggunakan sistem eOperasi ini dan tidak lancar gunakannya.

Mari kami kongsikan cara menggunakan sistem ini dan cara Log Masuk.

Cara Log Masuk

Masuk ke laman rasmi untuk memulakan tugasan anda secara online, pastikan semua kerja lengkap mengikut objektif kerja yang telah anda tetapkan. Jangan hilang fokus! Apabila telah berjaya log masuk dan mengemas kini, maka data pembelajaran dan pengajaran anda adalah yang terkini.

Berikut adalah cara log masuk ke eOperasi sebagai platform mengemas kini maklumat dan menyemak penempatan guru secara dalam talian. Ia sangat mudah dan pantas jika anda tahu caranya yang betul.

  1. Layari laman sesawang rasmi e-Operasi iaitu di https://eoperasi.moe.gov.my
  2. Log masuk ke e-Operasi dengan memasukkan Login ID, Kata Laluan dan Nombor Kad Pengenalan yang telah didaftarkan.
  3. Pengguna perlu mengisi ruangan tersebut dengan berhati-hati agar tidak mendatangkan sebarang masalah ketika masuk ke dalam sistem eOperasi kelak.
  4. Pastikan semua butiran yang diisi adalah betul dan tepat. Terutamanya pada Nama, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Gaji dan juga emel yang digunakan.
  5. Pastikan kata laluan, soalan keselamatan dan juga jawapan yang diberikan perlu diingati oleh pengguna kerana data-data maklumat ini amat diperlukan sekiranya mereka ingin menukar kata laluan yang baru.
  6. Kemudian tekan pada butang SIMPAN untuk meneruskan proses pendaftaran tersebut.
  7. Seterusnya, pengguna boleh terus ke ruangan Log Masuk untuk menggunakan sistem. Selain itu, segala maklumat pendaftaran akan dihantar ke alamat emel yang telah diisi oleh mereka.
  8. Selepas pendaftaran selesai dibuat, pengguna boleh terus log masuk ke sistem daripada ruangan halaman utama dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan juga Nombor Kad Pengenalan.

Tidak sukar jika anda mengikuti satu demi satu langkah yang ditunjukkan di atas. Sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan, terus berhubung dengan pihak pentadbir atau pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Maklumat Diri Yang Ditunjukkan

Setelah anda berjaya log masuk, menu di sebelah kiri akan menunjukkan maklumat anda yang lain juga. Antaranya adalah maklumat berkaitan diri, biodata da pencapaian anda dalam sejarah pendidikan.

  • Maklumat peribadi
  • Maklumat pasangan
  • Maklumat akademik
  • Maklumat sejarah akademik
  • Maklumat subjek dasar semasa
  • Maklumat ikhtisas
  • Maklumat sejarah ikhtisas
  • Maklumat perkhidmatan
  • Maklumat tarikh perkhidmatan
  • Maklumat sejarah perkhidmatan
  • Maklumat sejarah pengalaman mengejar
  • Maklumat latihan/ kursus
  • Maklumat elaun
  • Maklumat kokurikulum
  • Maklumat istihar harta
  • Cetakan maklumat keseluruhan

Muat Turun Manual Pengguna

Sekiranya anda ingin memuat turun manual pengguna, anda dikehendaki tekan pada bahagian kanan atas skrin komputer. Di situ, akan terpapar butang muat turun manual pengguna. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat, anda perlu memaklumkan perkara tersebut kepada PK1/ PK2/ PK3 untuk membuat kemaskini yang terbaru.

Bagi mendapatkan paparan terbaik semasa masuk ke laman web ini, anda boleh menggunakan Internet Explorer (IE) 7 ke atas, Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768 untuk mendapatkan maklumat guru yang perlu dikemaskini.

Maklumat Yang Perlu Dikemaskini

Dalam sistem eOperasi, penting untuk anda mengemaskini maklumat supaya segala urusan lebih sistematik dan tepat. Ia juga adalah untuk mengelakkan daripada anda tersalah maklumat atau menggunakan maklumat lama.

Antara maklumat yang perlu diisi dan dikemas kini oleh pengguna adalah seperti berikut:

Maklumat Staf

  • Maklumat pasangan
  • Maklumat subjek yang diajar
  • Maklumat akademik
  • Maklumat ikhtisas / profesional
  • Maklumat sejarah perkhidmatan
  • Maklumat peribadi
  • Maklumat perkhidmatan
  • Maklumat pengisian jawatan guru dan bukan guru

Maklumat Enrolment

  • Enrolmen mengikut kelas
  • Enrolmen mengikut subjek
  • Enrolmen mengikut elektif

Anggaran Perbelanjaan Operasi (ABM) Kakitangan

  • Permohonan
  • Kaji semula
  • Kelulusan
  • Analisis kelulusan / pelaksanaan

Borang Status Jawatan Guru (BSKG)

  • Kedudukan guru
  • Pilihan pengisian
  • kurang / lebih mengikut pilihan

Instrumen

  • Penilaian program orientasi guru baru
  • Penilaian seminar

Maklumat Subjek

  • Analisis pemantauan
  • Mata Pelajaran Elektif
  • MPV
  • PAV

Selain mengemaskini maklumat tersebut, terdapat pelbagai lagi update terbaru yang boleh diketahui dengan mudah melalui ruang pengumuman di halaman utama laman web rasmi tersebut.

Semua dengan adanya eOperasi, segala tugasan para guru dapat dilaksanakan dengan mudah, sistematik dan efektif sekali. Sekiranya anda mengalami sebarang masalah, anda juga boleh menghubungi Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat berikut:

Alamat:

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Blok E8, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya.

Nombor Telefon: + 603-8000 8000

Faks: + 603-8884 6411

Emel: kpkkpm@moe.gov.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Cikgu Naik Pangkat? Boleh Semak di ePangkat 2021

Next Post

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Yang Terkini [2021]

Related Posts