APDM, eGTukar, eSPBT, eOperasi Penting Untuk Guru Semasa PdPR

Semasa PdPR berlangsung, guru sangat sibuk dengan pelbagai sistem dan aplikasi yang berfungsi untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Adapun sistem yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini juga penting untuk menguruskan hal-hal pentadbiran para guru dan sekolah.

Antara sistem dan aplikasi yang sangat kritikal atau diperlukan oleh guru pada musim PKP semasa PdPR adalah APDM, eGTukar, eSPBT dan juga eOperasi. Masing-masing diperlukan oleh guru untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberi.

Jom lihat satu demi satu penggunaan sistem berikut. Sememangnya ia sangat bermanfaat buat semua guru dan pihak yang terlibat. Jika tidak, terdapat beberapa masalah yang akan timbul seperti rekod tidak lengkap, tiada rekod murid, masalah mendapatkan bahan belajar seperti buku teks, sukar untuk mendaftar kelas dan lain-lain lagi.

APDM Untuk Guru Semasa PdPR

Pada awal musim sekolah dibuka, guru memerlukan sistem maklumat pelajar yang mudah untuk mengisi data seperti maklumat biodata murid, kelayakan bantuan dan lain-lain lagi. Ia juga merangkumi pilihan subjek yang akan dipelajari oleh murid beserta dengan kelas mereka pada tahun tersebut.

Semua ini boleh dikemaskini dalam Aplikasi Pengkalan Data murid yang telah ditubuhkan pada tahun 2021. APDM bukan sahaja boleh diakses oleh guru dan kementerian pendidikan, tetapi juga untuk ibu bapa mengemaskini maklumat anak masing-masing.

Cara Guru Login APDM

1. Layari laman sesawang atau aplikasi APDM di https://apdm.moe.gov.my/ dengan mengguna ID GURU. Masukkan kata laluan pertama yang diberi oleh sumber manusia sekolah yang menguruskan APDM.

2. Tukar kata laluan kepada kata laluan peribadi anda sendiri. Boleh reset semula kata laluan jika terlupa.

3. Masuk login semula aplikasi APDM dan boleh gunakan sistem untuk kemudahan anda terutamanya bagi merekod data dan kehadiran murid.

eGTukar Untuk Guru Semasa PdPR

Ramai yang tidak tahu akan eGTukar tetapi sudah pasti guru sangat memerlukannya. eGTukar adalah sebuah sistem pengurusan guru bagi pertukaran guru sepanjang tahun 2021 yang perlu dibuat dari segi permohonan bagi guru yang ingin bertukar sekolah.

Ia terbuka bagi pertukaran guru bagi seluruh daerah atau negeri di Malaysia. Pelaksanaan pertukaran guru ini akan dilakukan secara atas talian untuk tahun 2021 pada 2 peringkat iaitu Sesi Jun 2021 dan Januari 2022. Guru boleh memohon dengan satu permohonan sahaja mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Cara Login eGTukar, Buat Permohonan dan Semak Status Pertukaran

  1. Login masuk ke laman sesawang eGTukar di https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm.
  2. Masukkan data yang diperlukan dan pastikan data seperti nombor kad pengenalan, emel, nama dan nombor gaji adalah tepat.
  3. Tekan login masuk ke sistem dari laman utama dengan memasukkan butiran seperti id pengguna dan emel.
  4. Sekiranya anda mempunyai kesilapan dalam menetapkan kata laluan, tukar kata laluan semula dengan tekan reset kata laluan.
  5. Permohonan eGTukar boleh dilakukan pada tarikh yang ditetapkan. Anda boleh melihat tarikh permohonan yang tertera dalam sistem tersebut.
  6. Semakan status pula boleh dilakukan setelah tarikh semakan diumumkan.

eSPBT untuk Guru Semasa PdPR

Pasti anda selalu mendengar akan bantuan SPBT iaitu bantuan buku teks untuk pelajar sekolah setiap tahun. Tapi berbeza dengan eSPBT dimana ia adalah sistem pesanan buku teks secara online atau versi baharu semasa musim PKP atau PdPR.

eSPBT memerlukan murid memesan buku teks secara atas talian bagi kegunaan tahun hadapan. Memandangkan semua urusan sekolah dilakukan secara bersistem, begitu juga dengan pinjaman buku teks sekolah.

Sistem versi lama yang pernah digunakan suatu masa dahulu adalah BTBT Online. Namun kini telah ditambah baik dari masa ke semasa sebagai eSPBT. Murid akan mudah menerima bantuan buku teks oleh pihak pendidikan dan sekolah.

Cara Login eSPBT

  1. Log masuk ke sistem eSPBT KPM melalui laman sesawang https://espbt.moe.gov.my (Gunakan browser seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox)
  2. Login menggunakan kod sekolah dan kata laluan yang diberikan kepada anda.
  3. Muat turun borang unjuran enrolmen murid dan lengkapkan borang terlebih dahulu sebelum memohon pesanan buku teks secara online.
  4. Setelah berjaya masuk ke sistem, kemaskini Profil anda dahulu di dalam sistem.
  5. Kemudian, tekan ‘Pra Pesanan’ setelah selesai lengkapkan Borang Maklumat Stok Buku yang telah anda muat turun.
  6. Akhir sekali, lakukan ENROLMEN MURID bagi mengesahkan murid telah mendapat buku teks.

eOperasi Untuk Guru Semasa PdPR

APDM dan eGTukar sahaja tidak cukup untuk menguruskan hal pentadbiran guru, kerana guru memerlukan sebuah pangkalan modul pengurusan guru untuk hal-hal berkaitan makumat dan tugasan. Oleh itu, eOperasi telah dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diselia oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).

eOperasi adalah sebuah sistem pangkalan modul pengurusan guru yang berkaitan dengan perihal dan aktiviti guru. Antaranya adalah tugasan online guru, tugasan kemaskini data, semakan lokasi dan penempatan guru dan lain-lain lagi. Lebih mudah untuk guru uruskan aktiviti mereka dengan lebih baik lagi.

Cara Daftar eOperasi Guru

  1. Layari laman sesawang MOE di sini: https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm
  2. Masukkan data yang diperlukan seperti no kad pengenalan, no gaji dan isi ID pengguna.
  3. Pilih kata laluan untuk dipadankan dengan ID pengguna nanti.
  4. Isikan emel untuk hasilkan emel Moe. Sebagai contoh: kpm@moe.gov.my
  5. Isikan maklumat tarikh lahir dan jawab soalan keselamatan untuk sistem dan tekan butang simpan.
  6. Pastikan pendaftaran eOperasi KPM anda diterima.

Cara Login eOperasi KPM

  1. Layari laman sesawang rasmi KPM di sini: https://eoperasi.moe.gov.my
  2. Login masuk dengan melengkapkan ID dan kata laluan
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Tekan log masuk

Berikut adalah cara untuk log masuk ke sistem APDM, eGTukar, eSPBT dan eOperasi untuk para guru. Tidak hairanlah jika sistem-sistem ini sangat penting dan kritikal untuk guru semasa PdPR. Semuanya mempunyai fungsi yang tersendiri.

Jelas bahawa sistem APDM, eGTukar, eSPBT dan eOperasi sangat membantu untuk melancarkan urusan PdPR guru dan murid ketika musim PKP ini. Tanpa adanya APDM, data murid tidak dapat direkod dengan baik, tanpa eSPBT, buku teks juga tidak dapat diagihkan dengan baik, guru pula bermasalah dalam menentukan tempat mengajar jika tiada sistem eGTukar.

Akhir sekali, eOperasi akan melengkapkan maklumat guru di sistem pentadbiran dari segi maklumat subjek, status guru, enrolmen dan lain-lain lagi.

Sistem yang sangat kritikal untuk guru semasa PdPR ini perlu diuruskan dengan baik sekali. Semoga artikel ini bermanfaat buat anda semua.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tarikh PDRM Akan Bagi Diskaun 50% Untuk Bayar Saman

Next Post

Waktu Terbaik Untuk Solat Dhuha (Kemaskini 2021)