Bagaimana Harga Minyak Malaysia Dikira Pada Tahun 2021

Harga minyak merupakan topik yang hangat diperkatakan setiap minggu bagi semua lapisan masyarakat di negara kita. Naik turun harga minyak yang telah dikemas kini pada setiap hari Rabu pastinya akan menjadi tanda tanya terutamanya bagi anda yang memiliki kereta sendiri.

Pada artikel kali ini, mari kami kongsikan bagaimana harga minyak Malaysia dikira pada tahun 2021. Apakah yang mempengaruhi harga minyak Malaysia pada tahun ini? Teruskan membaca untuk mengetahui jawapan bagi persoalan-persoalan berikut.

Harga runcit produk petroleum di Malaysia telah ditentukan melalui Mekanisme Penentuan Harga Minyak Automatik (APM) sejak tahun 1983 dulu lagi. Selepas kejatuhan harga minyak global pada pertengahan tahun 2014, harganya adalah dari sekitar USD 110 satu tong sehingga USD 40 satu tong. Ini bermaksud, mekanisme penentuan harga minyak automatik juga yang akan mempengaruhi harga minyak Malaysia pada tahun 2021.

Manfaat Mekanisme Penentuan Harga Minyak Automatik

Dengan adanya Mekanisme Penentuan Harga Minyak Automatik (APM), banyak manfaat yang diterima oleh semua pihak. Antara manfaat yang diterima oleh pelbagai pihak adalah seperti berikut:

1. Membantu menyelaras, mengawal harga petrol di pasaran Malaysia.

2. Mengurangkan aktiviti pengawalan stok minyak oleh pihak pengusaha pengeluaran minyak.

3. Mengelakkan rakyat dari terkesan dengan sebarang perubahan harga minyak di pasaran dunia.

Pihak kerajaan juga telah memutuskan untuk menarik balik subsidi penjualan petrol dan diesel ekoran kejatuhan harga tersebut. Kemudian, subsidi tersebut telah ditukar kepada harga apungan mingguan oleh KPDNKK setelah perbincangan dengan pihak yang berwajib.

Hasil perbincangan yang dibentangkan tersebut telah dipersetujui oleh Kabinet pada 22 Februari 2017 yang lalu. Ia juga menunjukkan bagaimana harga minyak Malaysia dikira pada tahun 2021.

Komponen Mekanisme Penentuan Harga Minyak Malaysia

Kredit: https://twitter.com/bernamaradio/status/1233342371254792193

Mekanisme Penentuan Harga Automatik (APM) mempunyai beberapa komponen yang mempengaruhi harga minyak di Malaysia. Sebelum ketahui cara harga minyak dikira, penting untuk fahami komponen berikut.

1. Kos produk (MOPS)

Malaysia telah menggunakan harga purata harian Mean of Platts Singapore (MOPS) di pasaran Platts sebagai asas utama menentukan kos harga produk petroleum untuk RON97, RON95 dan juga Diesel.

Platts adalah pasaran harian bagi produk petroleum yang telah diterbitkan oleh McGraw Hill Companies Limited di negara Singapura. Sebahagian besar negara di rantau ini juga turut menggunakan MOPS sebagai rujukan kos untuk produk petroleum yang dimiliki oleh mereka. (Dikatakan bahwa harga ini juga bergantung kepada nilai tukaran matawang asing. Sekiranya nilai Ringgit kita lemah, maka harganya juga akan menjadi semakin mahal).

2. Kos Operasi

Kos operasi terdiri daripada kos pengangkutan dan kos pemasaran yang dikeluarkan oleh sesebuah pengusaha minyak. Kini, Kerajaan Malaysia telah menetapkan kos operasi adalah pada harga 9.54 sen seliter.

3. Alpha

Alpha merupakan perbezaan harga yang dipaparkan di pasaran Platts dengan harga pembelian sebenar oleh syarikat minyak tersebut. Kerajaan telah menetapkan Alpha pada kadar 5 sen seliter untuk harga petrol dan 4 sen seliter untuk harga diesel.

4. Margin Pengendali Stesen Minyak

Margin pengendali stesen minyak pula telah ditetapkan pada harga 12.19 sen seliter untuk petrol dan 7 sen seliter untuk diesel. Ia juga digunakan untuk menetapkan harga minyak Malaysia pada masanya nanti.

5. Margin Syarikat Minyak

Untuk pengetahuan anda, kerajaan Malaysia juga telah menetapkan margin syarikat minyak pada harga 5 sen seliter untuk petrol dan 2.25 sen untuk diesel.

6. Subsidi

Subsidi turut diberikan apabila harga sebenar minyak menjadi lebih tinggi daripada harga runcit yang ditetapkan. Ia akan dilaksanakan setelah mengambil kira pengecualian cukai penjualan.

7. Cukai Jualan

Cukai jualan telah diwartakan di bawah Akta Cukai Jualan 1972 dengan kadar 58.62 sen seliter untuk petrol dan Cukai Jualan untuk diesel pula telah meningkat dari 19.64 sen seliter menjadi 40 sen seliter. Harga bagi cukai jualan ini pula telah berkuatkuasa pada 1 Februari 2009 yang lalu.

Pasti ramai yang masih belum jelas dengan konsep sebenar bagaimana harga minyak Malaysia dikira pada tahun 2021. Bagi pemahaman yang lebih mudah, anda boleh rujuk infografik yang kami sediakan di bawah:

Formula Untuk Mengira Harga Runcit Minyak Di Malaysia

Jumlah Kos Tetap =

Alpha (5 sen) + Kos Operasi (9.54 sen) + Margin Keuntungan Syarikat Minyak (5 sen) + Margin Untung Pengendali Stesen Minyak (12.19 sen) = 31.73 sen satu liter

Harga jumlah kos tetap satu liter = 32 sen (selepas dibundarkan).

Contoh Pengiraan:

Harga MOPS95 pada 5 Julai 2017 = USD59,835 satu tong (RM 257.19)

(Harga MOPS95 diubah dari USD / tong menjadi RM / liter. Minyak satu tong = 158.99 liter).

MOPS95 seliter = 59.835 / 158.99 = USD0.376 dibundarkan kepada USD0.38 (RM 1.62)

Kemudian tambahkan kos tetap 32 sen yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk mendapatkan harga runcit RON95 adalah seperti berikut:

RON95 seliter = RM1.62 + RM0.32 = RM1.94. (Harga runcit RON95 pada tahun 2017 adalah RM1.93 selepas dibundarkan).

Pengiraan Harga Minyak Pada Tahun 2021:

Kredit: https://www.mof.gov.my/ms/berita/siaran-media/harga-minyak/harga-runcit-produk-petroleum-bagi-tempoh-25-mac-2021-sehingga-31-mac-2021

Harga MOPS RON95 seliter pada Jun 2021 adalah RM2.

Jadi,

RM2 + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = 33.77 sen (34 sen seliter selepas dibundarkan)

Namun, berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum yang menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum untuk tempoh 29 April 2021 hingga 5 Mei 2021 telah ditetapkan seperti berikut:

  • Harga runcit petrol RON97 telah dikekalkan kepada RM2.58 seliter.
  • Harga runcit petrol RON95 telah dikekalkan kepada RM2.05 seliter.
  • Harga runcit diesel telah dikekalkan kepada RM2.15 seliter.

Bagi melindungi pengguna dari kesan kenaikan harga minyak nyata di pasar global, pihak kerajaan telah mempertahankan harga runcit petrol RON95 pada harga siling RM2.05 seliter. Selain itu, harga runcit diesel pula dikekalkan pada harga RM2.15 seliter, walaupun pasaran harga sebenar untuk kedua-dua produk telah pun meningkat atas harga siling yang telah ditetapkan.

Akhir Kata,

Berikut adalah konsep, situasi dan bagaimana harga minyak Malaysia dikira pada tahun 2021. Semoga artikel ini dapat menjadi rujukan dan pemahaman bagi anda dalam melihat harga minyak Malaysia. Sama-sama kita membantu membangunkan ekonomi negara secara tidak sedar tidak menggunakan minyak Malaysia.

Kerajaan juga akan terus memantau impak perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil akan langkah-langkah yang tepat untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus dilindungi.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kenapa Guru Lawat APDM Semasa PKP dan PdPR Berlangsung