Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Yang Terkini [2021]

Tidak semua orang mampu memiliki rumah sendiri atas faktor susah mencari rumah mengikut kemampuan, tidak mempunyai lokasi yang strategi, tidak tahu cara yang betul dan lain-lain lagi.

Terutamanya dengan peningkatan kumpulan B40 di Malaysia sejak wabak koronavirus melanda di negara ini, makin sukar rakyat untuk membeli rumah. Namun, sekiranya anda berminat untuk memiliki rumah persendirian dengan mudah, mari kami kongsikan cara memohon rumah mesra rakyat 2021.

Pihak kerajaan telah melancarkan program Rumah Mesra Rakyat (RMR) serendah RM 300 yang hanya diperlukan untuk dibayar secara ansuran bulanan. Malah, anda juga sudah boleh mula memohon RMR secara atas talian buat masa ini. Sebelum itu, mari kami kongsikan apa itu Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Rumah Mesra Rakyat (RMR) | Projek Perumahan Mampu Milik

Program Rumah Mesra Rakyat ini telah lama diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk membantu mereka yang tidak mampu memiliki rumah sendiri atau yang masih tinggal di rumah usang. Selain itu, program rumah mesra rakyat ini juga adalah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan memiliki rumah impian mereka sendiri.

Program ini amat sejajar dengan misi SPNB yang bertujuan untuk melaksanakan pembangunan perumahan mampu milik yang amat selesa dan memenuhi kepuasan pelanggan. Ia dilakukan melalui budaya kerja yang cemerlang serta menjadi pemaju yang prihatin dan bertanggungjawab secara sosial.

Pihak kerajaan juga berhasrat agar program ini dapat mendorong rakyat Malaysia untuk memiliki kediaman sendiri yang mampu milik. Apabila berlakunya Pandemik Covid19, dengan adanya program Rumah Mesra Rakyat ini, masih ramai yang mampu untuk membeli rumah.

Syarat Kelayakan Memohon Rumah Mesra Rakyat

  • Warganegara Malaysia.
  • Berusia 18 tahun ke atas.
  • Jumlah pendapatan keseluruhan isi rumah tidak boleh melebihi jumlah RM5,000.
  • Pemohon dan pasangan haruslah tidak memiliki rumah sendiri / mendiami rumah yang usang dan tidak sempurna.
  • Tanah yang disediakan untuk digunakan bagi mendirikan rumah haruslah sesuai dan bebas daripada gadaian janji atau hutang di atasnya.
  • Sekiranya pemohon bukanlah pemilik tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pemilik tanah tersebut.
  • Keluasan tanah tersebut mestilah tidak kurang daripada 3,600 kps.
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan pemohon yang diperlukan.

Tips Tambahan:

  • Bagi pemohon dari Semenanjung Malaysia yang berumur lebih dari 42 tahun, anda memerlukan pemohon kedua yang berumur diantara 18 hingga 42 tahun.
  • Bagi pemohon di Sabah, Sarawak dan pulau yang berusia lebih dari 38 tahun pula, anda memerlukan pemohon kedua yang berumur diantara 18 hingga 38 tahun.

Harga Dan Reka Bentuk Bagi Rumah Mesra Rakyat

Berikut merupakan kos dan seni bina Rumah Mesra Rakyat yang sedia ada untuk rakyat. Jom lihat reka bentuk binaan, jenis rumah dan harga rumah, pasti ada yang mengikut bajet dan kesukaan anda!

Bahagian Semenanjung Malaysia:

  • Keluasan Kawasan Tanah : 1000 KPS
  • Harga Yang Telah Diperuntukkan : RM75,000
  • Harga Subsidi Pembinaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman Yang Diluluskan : RM55,000
  • Anggaran Jumlah Pembayaran Bulanan Selama 16 Tahun : RM300

Bahagian Pulau Di Semenanjung Malaysia

  • Keluasan Kawasan Tanah : 850 KPS
  • Harga Yang Telah Diperuntukkan : RM85,000
  • Harga Subsidi Pembinaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman Yang Diluluskan : RM65,000
  • Anggaran Jumlah Pembayaran Bulanan Selama 16 Tahun : RM350

Bahagian Sabah Dan Sarawak

 

  • Keluasan Kawasan Tanah: 750 KPS
  • Harga Yang Telah Diperuntukkan : RM75,000 hingga RM106,500
  • Harga Subsidi pembinaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman Yang Diluluskan : RM55,000 hingga RM86,500
  • Anggaran Jumlah Pembayaran Bulanan Selama 16 Tahun : RM300 hingga RM470

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2021

Cara memohon rumah mesra rakyat 2021 ini adalah mudah dan tidak sukar. Terdapat beberapa maklumat yang perlu anda isi bagi melayakkan diri sebagai pemohon rumah tersebut. Jom lihat antara syarat kelayakan memohon rumah mesra rakyat.

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Secara Atas Talian

Berikut adalah cara membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat secara atas talian:

  1. Lawati laman sesawang rasmi Rumah Mesra Rakyat SPNB di http://rmr.spnbonline.com.my
  2. Tekan pada ruangan Pendaftaran Baru.
  3. Isi Borang Pendaftaran Masuk dengan lengkap.
  4. Terima ID dan Kata Laluan Log Masuk. Kemudiannya, Log masuk ke Laman Utama.
  5. Selepas itu, lengkapkan borang online dan isi maklumat ke dalam sistem online dengan lengkap.
  6. Tekan pada butang Selesaikan Borang Pendaftaran dan Cetak Borang.
  7. Akhir sekali, anda dikehendaki menghantar borang dan dokumen yang diperlukan ke pejabat cawangan SPNB yang berdekatan.

Sekiranya anda tidak mengisi borang secara online, anda boleh mendapatkan borang secara manual. Borang secara manual boleh didapati di mana-mana pejabat cawangan SPNB.

Dokumen Diperlukan Untuk Memohon Rumah Mesra Rakyat

Kredit: https://www.hasrulhassan.com/2013/11/borang-permohonan-rmr1m-muat-turun.html

  1. 4 salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan bagi mereka yang berkahwin.
  2. 4 salinan kad pengenalan pemilik tanah.
  3. 4 salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika diperlukan).
  4. 4 salinan geran hak milik tanah terkini dan sijil carian rasmi terkini dari Pejabat Tanah.
  5. Lampirkan slip gaji terkini (3 bulan) / surat pengesahan pendapatan pemohon / surat sumpah pendapatan (jika berkaitan dengan pemohon kedua, maka harus disediakan juga).
  6. Surat perakuan ataupun pengesahan bahawa tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang sudah usang.
  7. Surat perakuan kebenaran pelepasan daripada pemilik tanah.
  8. Sediakan sekurang-kurangnya 4 salinan surat nikah pemohon (jika berkenaan).
  9. Sediakan borang laporan tapak secara bergambar.

Tips Penting:

  • Surat Pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah yang usang perlu disahkan oleh Penghulu / Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
  • SPNB berhak mendapatkan dokumen tambahan yang tertakluk kepada keperluan dari masa ke semasa.

Proses Semakan Status Kelulusan

Menurut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga bulan oleh pihak SPNB. Manakala kelulusan pemohon hanya tertakluk kepada peruntukan kewangan secara tahunan. Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama lapan belas bulan daripada tarikh penyerahan laman ataupun perjanjian kosong yang tertakluk kepada terma dan syarat.

Tanggungjawab Pemohon Rumah Mesra Rakyat

  1. Pemohon Rumah Mesra Rakyat bertanggungjawab untuk mengisi dan melengkapkan borang permohonan tersebut.
  2. Pemohon juga harus menyediakan akses jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi.
  3. Pemohon harus menyediakan sumber bekalan air dan elektrik serta membuat sambungan bekalan utama ke bangunan tersebut.
  4. Pemohon harus membuat pinjaman kepada pihak bank ataupun institusi kewangan jika diperlukan.

Akhir kata,

Bagi mendapatkan maklumat tambahan yang berkaitan dengan Rumah Mesra Rakyat SPNB, anda boleh terus ke cawangan SPNB yang berdekatan atau membuat semakan secara atas talian di laman web rasmi SPNB https://spnb.com.my/.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Apa Itu eOperasi? Cara Untuk Log Masuk Terkini