Cikgu Naik Pangkat? Boleh Semak di ePangkat 2021

Masyarakat Malaysia sama ada pekerja kerajaan ataupun swasta pasti inginkan kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi. Begitu juga dengan guru. Salah satu cara untuk meningkatkan kerjaya seseorang adalah dengan melalui kenaikan pangkat. Oleh itu, mari kami kongsikan cara untuk menyemak keputusan kenaikan pangkat bagi cikgu atau guru melalui ePangkat.

Maklumat Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Guru secara atas talian sistem ePangkat boleh dijadikan panduan kepada anda semua yang bergelar warga pendidik. Tahukah anda, urusan ini bukanlah satu urusan yang mudah dalam sebuah organisasi yang besar seperti sekolah yang melibatkan banyak pihak dan guru. Namun, dengan adanya ePangkat, semuanya lebih mudah dan adil!

Apa Itu ePangkat?

Sistem ini sebenarnya telah lama diwujudkan. Namun, kebanyakan masyarakat kita besar kemungkinan tidak tahu mengenai sistem ePangkat 2021 dari Kementerian Pelajaran Malaysia ini. Sistem KPM ini diwujudkan adalah untuk menguruskan segala urusan bagi kenaikan pangkat seseorang penjawat awam yang bekerja sebagai seorang cikgu ataupun guru.

Dengan wujudnya sistem seumpama ini, ia dapat mengelakkan berlakunya sebarang kesilapan serta memudahkan segala urusan penting dalam kenaikan pangkat. ePangkat yang telah wujud sejak 2008 ini juga telah berfungsi menghindari kelemahan pengurusan pangkat seperti lewat berurusan dan lewat memperoleh kenaikan pangkat.

Kelebihan Naik Pangkat Dalam Kalangan Guru

Tahukah anda, sistem ini juga dapat menyelesaikan masalah seperti pertindihan urusan yang mampu menjejaskan imej Kementerian Pelajaran Malaysia itu sendiri. Seperti yang kita tahu, sebelum wujudnya sistem ini, pelbagai masalah telah timbul sehinggakan terdapat cikgu atau guru yang tidak dinaikkan pangkat kerana maklumat yang diisi adalah tidak lengkap.

Selain itu, data yang diberikan juga tidak tepat dan data yang sedia ada juga tidak dikemaskini oleh para cikgu atau guru tersebut. Disebabkan keadaan yang tidak terurus ini, maka banyak pihak yang akan mengalami kerugian, justeru dari itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan ePangkat.

Cara Login Semakan Kenaikan Pangkat Guru KPM Online

Jom kami kongsikan maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan semakan status guru secara online melalui ePangkat 2021. Berikut adalah cara untuk semak kenaikan pangkat guru KPM secara atas talian.

Daftar Masuk Login ePangkat 2021 Secara Online

Sebelum dapat menggunakan sistem ini, anda dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu dengan mengikuti langkah di bawah. Pastikan anda mempunyai akses internet yang lancar untuk memudahkan urusan login masuk.

  1. Sila layari portal ePangkat 2021 di www.epangkat.moe.gov.my
  2. Kemudian, anda dikehendaki tekan ke ruangan belum daftar dan anda akan dibawa ke ruangan pendaftaran id pengguna.
  3. Selepas itu, sila isi maklumat yang dikehendaki iaitu nombor kad pengenalan, kata laluan dan juga alamat emel. Pastikan anda mencipta kata laluan yang mudah untuk diingati oleh anda sendiri supaya tiada masalah terlupa kata laluan kelak.
  4. Tekan pada ruangan Hantar setelah anda selesai mengisi ruangan pendaftaran tersebut.

 

2. Login Sistem Naik Pangkat Untuk Guru Malaysia

Setelah menerima emel berkaitan pendaftaran maka anda telah berjaya, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk menggunakan sistem ini. Berikut adalah cara login masuk ke sistem ePangkat.

  1. Kembali ke halaman utama setelah selesai mendaftar masuk ke sistem ini.
  2. Kemudian, anda haruslah log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan tersebut.
  3. Selepas berjaya Login ke ePangkat 2021, buat semakan dan pastikan nama, jawatan dan tempat bertugas adalah betul seperti yang diisi oleh anda.
  4. Anda boleh memilih modul iklan untuk melihat iklan kenaikan pangkat yang ditawarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
  5. Bagi memohon jawatan yang dikehendaki, pilih modul permohonan untuk membuat permohonan jawatan yang anda inginkan.
  6. Permohonan yang lengkap akan dikemaskini sebaik sahaja manual pengguna dikongsikan oleh portal Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut.

Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Guru

Dipetik daripada aplikasi semakan Kementerian Pelajaran Malaysia, semakan kenaikan pangkat boleh di buat secara atas talian. Berikut adalah cara untuk semak keputusan kenaikan pangkat guru di aplikasi rasmi KPM.

  • Buka laman sesawang rasmi di www.epangkat.moe.gov.my
  • Kemudian, Log masuk ke laman web tersebut menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda daftarkan.
  • Selepas itu, pilih modul iklan dan lihat pada paparan Status Permohonan Kenaikan Pangkat.
  • Akhir sekali, sila kemaskini maklumat yang perlu dan kemaskini tersebut hanya boleh dibuat dalam tempoh iklan masih dibuka.
  • Penting sekali, jangan lupa tekan Slip Permohonan yang harus anda cetak sebagai rujukan.

Sistem Time Based Mengikut Prestasi Dan Kecemerlangan

Ramai yang tak tahu sebenarnya urusan kenaikan pangkat KPM ini adalah berdasarkan kepada sistem yang dibuat oleh pihak KPM. Ia ditawarkan mengikuti prestasi dan kecemerlangan semasa yang berpandukan sistem time based. Sistem time based adalah mengikut formula yang ditetapkan seperti berikut.

  1. Sekiranya anda hanya mendapat kelulusan diploma, formula yang ditetapkan berdasarkan 8.8.5 di mana:
  • Bagi mereka yang mendapat gred DG29, kenaikan pangkat ke DG32 adalah selepas 8 tahun.
  • Bagi mereka yang mendapat gred DG32, mereka akan dinaikkan pangkat menjadi DG34 selepas 8 tahun.
  • Kenaikan pangkat bagi gred 34 kepada DG38 adalah selepas 5 tahun.
  1. Bagi mereka yang mempunyai ijazah, formula yang ditetapkan berdasarkan 8.8.6.3 adalah seperti berikut:
  • DG41 dinaikkan ke DG44 = 8 TAHUN
  • DG44 dinaikkan ke DG48 = 8 TAHUN
  • DG48 dinaikkan ke DG52 = 6 TAHUN
  • DG52 dinaikkan ke DG54 = 3 TAHUN

Perkara Perlu Anda Tahu Berkaitan ePangkat

  1. Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara atas talian tidak melibatkan urusan daripada pemangkuan. Proses kenaikan pangkat akan dinilai dan ditentukan secara adil berdasarkan maklumat dan perkembangan kerjaya guru.
  2. Urusan naik pangkat berdasar kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat. Ia dilakukan mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan permohonan tersebut termasuk perakuan oleh Ketua Jabatan.
  3. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak sesekali bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan nombor kad pengenalan oleh calon lain melalui sistem ePangkat ini.
  4. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah berjaya bagi sebarang urusan kenaikan, anda boleh menyemak status Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat dengan Ketua Jabatan ataupun Ketua Bahagian masing-masing selepas 30 hari bekerja dari tarikh muat naik data tersebut.

 

Akhir kata, sekiranya ada sebarang pertanyaan dan masalah yang dihadapi sepanjang menggunakan sistem ePangkat 2021 ini, anda boleh hubungi pihak di bawah.

Alamat:

Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.

Tel: 03-88847963/7863/7816

Emel: cnp@moe.gov.my

Sekiranya terdapat masalah teknikal sila kemukakan kepada emel rasmi ePangkat di epangkat@moe.gov.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ketahui Cara Daftar Masuk HRMIS 2.0

Next Post

Apa Itu eOperasi? Cara Untuk Log Masuk Terkini

Related Posts