Ibu Bapa: Cara Semak Keputusan Peperiksaan Anak Semasa PKP 3.0

Ibu bapa dan penjaga pelajar yang bersekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh menyemak keputusan peperiksaan pelajar secara dalam talian. Cara semak keputusan peperiksaan anak semasa PKP 3.0 adalah langkah untuk memantau pencapaian akademik pelajar tersebut.

Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menyediakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau dikenali dengan SAPS. Untuk makluman semua, SAPS NKRA ini akan memaparkan segala maklumat yang berkaitan dengan slip keputusan pelajar, markah peperiksaan dan kedudukan kelas mereka. Jadi, ibu bapa boleh semak keputusan peperiksaan anak ini semasa PKP dijalankan.

Walau bagaimanapun, keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM tidak akan dikeluarkan menggunakan sistem SAPS ini. Sistem SAPS hanya mengandungi data yang melibatkan peperiksaan bulanan dan tahunan yang dijalankan oleh sekolah termasuklah peperiksaan percubaan (percubaan).

Apa Itu SAPS?

SAPS merupakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang dijadikan sebagai pusat untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman para pelajar. Tujuannya adalah untuk menyediakan kemudahan dan ia dapat digunakan oleh KPM, JPN dan juga PPD.

SAPS juga dapat mengurangkan masalah kekurangan data peperiksaan sekolah dan menjadi penanda aras untuk pengurusan melalui analisis seperti TOV (Take Of Value), ETR (Hasil Sasaran yang Diharapkan) dan AR (Hasil Sebenar).

Selain itu, SAPS juga berfungsi dalam mengemas kini maklumat pelajar dalam sesebuah kelas. Kita dapat memasukkan markah peperiksaan setiap pelajar mengikut maklumat yang diberikan oleh guru kelas. Guru kelas hanya melakukan proses kemasukan markah hanya sekali dalam setahun dan guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan.

Kebaikan SAPS Untuk Guru

Antara kelebihan SAPS adalah sistem ini dapat selari dengan prestasi pelajar sekolah tanpa mengira sekolah tersebut berada di bandar ataupun di luar bandar. Ia dapat mengukur pencapaian sekolah dan dapat mengesan kelemahan pelajar. Justeru, SAPS dapat mengatasi masalah yang berkaitan dengan pelajaran yang dihadapi oleh pelajar di sesebuah sekolah.

Dengan wujudnya SAPS juga, kekerapan meminta data pelajar juga dapat dikurangkan malah ibu bapa dapat melihat prestasi anak-anak mereka dengan lebih cepat. Mudah bukan?

Kelemahan SAPS Untuk Guru

SAPS juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri dimana kebanyakan guru harus log masuk sebanyak 3 hingga 10 kali kerana sistem ini sedikit bermasalah jika terdapat lebih dari 1,000 guru yang mencuba masuk sistem ini dalam masa yang sama. Untuk pengetahuan anda, kelemahan SAPS adalah ia dapat menyebabkan kesesakan trafik internet.

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Anak-Anak Semasa PKP 3.0

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara untuk semak keputusan peperiksaan anak-anak semasa PKP 3.0. Ibu bapa boleh masuk ke sistem SAPS ini dan jadikan sebagai sumber rujukan keputusan anak masing-masing. Sistem yang menyelaras pada peringkat kebangsaan ini dapat membantu PPD, JPN dan KPM untuk membuat analisis dan laporan mengenai tahap pendidikan pelajar di sekolah.

Cara Login SAPS Untuk Semakan Ibu Bapa

Para ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah yang dikongsikan di bawah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak. Caranya adalah anda boleh mula login ke SAPS NKRA seperti berikut:

nkra 5
  • Sila masukkan nombor kad pengenalan pelajar dan tekan pada butang Cari.
  • Seterusnya pilih negeri, daerah dan nama sekolah pelajar dan tekan pada butang Semak.
nkra 1 2
  • Jika paparan nama pelajar betul, sila pilih tahun dan peperiksaan yang ingin disemak.
nkra 3
  • Berikut adalah contoh paparan keputusan peperiksaan pelajar. Anda boleh melihat pada setiap mata pelajaran murid, markah dan gred.
nkra 4

Julat Markah / Gred SAPS

Selain ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan anak semasa PKP 3.0, mereka juga boleh ketahui gred bagi keputusan anak. Mungkin ramai yang lupa gred keputusan peperiksaan yang terkini. Gred markah peperiksaan untuk Sekolah Rendah, Sekolah Menengah Rendah dan Sekolah Menengah Atas adalah seperti berikut.

Gred Sekolah Rendah

  • 80-100 Gred A Cemerlang
  • 65-79 Gred B Baik
  • 50-64 Gred C Memuaskan
  • 40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Sekolah Menengah Rendah

  • 85-100 Gred A Cemerlang
  • 70-84 Gred B Kepujian
  • 60-69 Gred C Baik
  • 50-59 Gred D Memuaskan
  • 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Menengah Atas

  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
  • 70-79 Gred A- Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C Kepujian
  • 45-49 Gred D Lulus Atas
  • 40-44 Gred E Lulus
  • 0-39 Gred G Gagal
  • TH Tidak Hadir

Contoh Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan Dalaman Sekolah Pada Tahun 2020

Di bawah merupakan takwim pengisian markah peperiksaan dalaman bagi tahun 2020 yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Anda boleh menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui tarikh semakan yang tepat bagi keputusan peperiksaan anak-anak anda:

TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH 2020

Jenis Keputusan Peperiksaan Yang boleh Di Semak

Tidak semua keputusan peperiksaan boleh disemak dalam SAPS tetapi hanya segelintir sahaja. Antara semakan yang boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga melalui Sistem SAPS adalah:

  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah Darjah 1 hingga Darjah 6
  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
  • Ujian/ Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian/ Peperiksaan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan (UPSR, PT3, SPM)

Masalah Atau Isu Berkaitan Penggunaan SAPS

Masalah Login

Masalah login yang melibatkan nombor kad pengenalan pelajar perlu dimaklumkan kepada guru kelas pelajar. Guru bertanggungjawab menyemak dan mengemaskini maklumat pelajar di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sekiranya berlaku masalah log masuk.

Guru kelas juga perlu memaklumkan kepada SUP sekolah supaya nombor kad pengenalan pelajar dikemaskini di dalam sistem SAPS.

Masalah Ejaan Nama Pelajar Salah

Sekiranya terdapat kesalahan dalam ejaan nama pelajar, ibu bapa atau penjaga hendaklah menghubungi guru kelas dan memaklumkan akan kesilapan tersebut.

Guru Kelas Tidak Boleh Akses Ke Sistem SAPS

Berkemungkinan tidak mempunyai ID guru yang sah juga akan menyebabkan guru tidak dalam masuk semak. Jadi, sila buat semakan dengan Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP) masing-masing untuk akses SAPS

Terlupa Kata Laluan

Sekiranya Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP) terlupa kata laluan untuk log in, SUP boleh terus mendapatkan bantuan dari pegawai SAPS di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menyemak masalah yang terjadi.

Sekiranya komputer memaparkan Kod akses atau kata laluan salah! Sila Log Masuk Semula ketika ingin mengakses sistem SAPS. Berkemungkinan besar anda tersilap memasukkan ID atau kata laluan semasa log in ke sistem SAPS dan sila cuba lagi.

Sekiranya anda masih menghadapi masalah yang sama, sila buat semakan dengan pegawai SAPS di bahagian PPD ataupun JPN.

Itulah dia cara semak keputusan peperiksaan anak semasa PKP 3.0 dan masalah berkaitan sistem SAPS yang harus anda tahu penyelesaiannya. Semoga dengan adanya SAPS ini lebih mudah ibu bapa dapat pantau keputusan peperiksaan anak-anak mereka.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bagaimana Harga Minyak Malaysia Dikira Pada Tahun 2021

Next Post

Ketahui Cara Daftar Masuk HRMIS 2.0

Related Posts