Kenapa Guru Lawat APDM Semasa PKP dan PdPR Berlangsung

????????????????????????????????????

Ketika PKP dan PdPR berlangsung, laman sesawang APDM sering dibanjiri oleh lawatan dari para pengguna terutamanya dalam kalangan guru. Antara kebanyakan laman pendidikan, APDM mendapat lawatan sebanyak 11 juta pada musim pandemik Covid19 ini.

Menjadi persoalan kenapa guru lawat APDM semasa PKP dan PdPR berlangsung. Akses ke APDM bukanlah dalam tempoh pkp semata-mata, tetapi pada waktu yang sama PdPR dilaksanakan. Sudah pasti ada tujuan yang tertentu menyebabkan para guru menggunakan APDM semasa PdPR.

Sebelum itu, jom kenali apakah APDM yang hangat diperkatakan dalam kalangan para guru dan Kementerian Pendidikan. Penggunaan APDM juga sangat meluas dalam kalangan guru, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri.

APDM Memudahkan Guru Laksanakan PdPR

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu aplikasi atas talian yang dinamakan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sebagai salah satu sistem bantuan bagi memudahkan guru. Tujuan utama APDM adalah untuk merekod dan menyimpan data berkaitan murid sepanjang tempoh PKP dan PdPR dilaksanakan.

APDM juga merupakan saluran khas pendidikan yang disediakan untuk memudahkan proses PdPR. Guru akan masuk ke pangkalan data murid untuk mengemaskini maklumat diri murid, kehadiran murid setiap hari ke PdPR, biodata murid dan lain-lain lagi.

APDM juga menjadi salah satu persediaan guru dari segi pengurusan murid dalam kelas, jadual harian, maklumat murid dan juga prestasi pembelajaran murid. Maka tidak hairanlah kenapa guru lawat APDM semasa PKP dan PdPR berlangsung.

APDM Akses Maklumat Di Hujung Jari

Disebabkan PKP dan PdPR perlu dijalankan, maklumat peribadi berkaitan murid seperti nama, alamat, nombor telefon, data adik beradik dan keluarga serta banyak lagi tidak dapat disimpan secara manual lagi. Semuanya perlu dibuat secara bersistem.

Aplikasi pangkalan data murid inilah yang akan digunakan oleh guru-guru untuk mengakses maklumat pelajar dengan mudah dan pantas. Pasti ada juga yang tertanya daripada mana maklumat pelajar itu wujud, ia adalah kerana ibu bapa murid turut boleh masuk ke APDM untuk mengemaskini maklumat anak dan ibu bapa murid.

Kepentingan maklumat data murid ini adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran kelas dan pembelajaran harian murid serta digunakan untuk tujuan bantuan kewangan pelajar dan lain-lain lagi urusan murid yang bersesuaian.

5 Proses Kemaskini APDM Dengan Mudah

Login Ke Dalam Sistem APDM

Admin akan mendaftar guru ke dalam sistem APDM dan akan memberikan id pengguna. ID pengguna adalah nombor kad pengenalan guru dan kata laluan pula akan diberi. Pengguna boleh menukarnya setelah log masuk untuk kali pertama.

Mendaftar Masuk Murid Ke Dalam Sistem

Ibu bapa boleh mengemaskini data murid tetapi sekiranya tidak dikemaskini, guru juga boleh mengemaskini maklumat murid. Selain itu, guru juga boleh terus mendaftar nama dan maklumat murid sekiranya data murid tersebut tiada dalam sistem.

Antara maklumat yang boleh dimasukkan adalah seperti nama, no kad pengenalan, alamat, no sijil lahir dan banyak lagi. Hal ini juga menyebabkan guru sering lawat APDM semasa PKP dan PdPR berlangsung.

Padam Atau Buang Data Maklumat Murid

Guru boleh mencari nama murid berdasarkan senarai nama pelajar yang telah direkodkan. Untuk memadam data atau nama murid tersebut, pilih pada bahagian nama murid. Kemudian, tekan padam dan data tersebut akan serta merta hilang. Anda boleh menukar dengan mudah sekiranya tersilap isi data.

Menukar Kelas Murid

Disebabkan adanya penyusunan semula kelas, guru perlu lawat APDM semasa PdPR dalam tempoh PKP untuk menyusun semula kelas murid. Untuk menukar kelas murid, guru boleh tekan pada butang kemaskini kelas, sebelum itu tekan terlebih dahulu di bahagian nama murid. Bagi guru yang ingin membatalkan kelas yang telah ditekan, tekan pada butang batal.

Mengemaskini Subjek Murid

Bukan sahaja menukar kelas, tetapi penting juga untuk memastikan bahawa subjek yang didaftarkan oleh murid adalah betul. Jadi, guru boleh mengemaskini penetapan subjek yang diperlukan oleh murid. Rujukan manual penetapan subjek boleh dilihat di sini.

Berikut adalah antara sebab kenapa guru lawat APDM semasa PKP dan PdPR berlangsung. Ramai yang tidak tahu bahawa guru bukan sahaja mengemaskini APDM untuk kegunaannya sendiri, tetapi juga untuk memastikan tiada masalah gangguan yang berlaku kepada sistem tersebut.

Perkara Yang Perlu Di Kemaskini Dalam APDM

Secara umumnya, terdapat beberapa perkara yang perlu dikemaskini oleh guru dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid ini. Jika tidak mengemaskini maklumat, Jom lihat satu demi satu. Mungkin senarai ini juga dapat membantu guru-guru dalam mengemaskini maklumat murid-murid.

Maklumat Peribadi Murid

Nama, agama, jantina, kaum, alamat, kewarganegaraan dan lain-lain lagi. Maklumat ini perlulah tepat seperti yang didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Bagi yang akan menduduki peperiksaan penting pada tahun tersebut, sila semak dan pastikan ia benar-benar tepat.

Maklumat Penjaga

Maklumat penjaga utama, penjaga kedua ataupun waris perlulah lengkap dari segi nama, alamat, nombor telefon, pendapatan dan lain-lain lagi. Ini juga penting kerana diperlukan untuk urusan tertentu pada masa yang tertentu. Sama seperti pendaftaran kelas murid yang perlu mengisi borang, kini APDM menggantikannya secara digital.

Maklumat Kelas, Aliran Dan Bidang

Semak semula kelas, aliran dan bidang yang telah didaftarkan. Pendaftaran yang baru pula perlu dibuat di e-Daftar Rendah untuk darjah 1 dan e-Daftar Menengah juga untuk tingkatan 1. Pihak sekolah juga perlu memastikan bilangan enrolmen murid bagi setiap kelas adalah tepat setelah penetapan kelas dilakukan.

Penetapan Dan Bantuan Murid

Guru lawat APDM juga adalah untuk memastikan bahawa maklumat data pelajar adalah benar bagi memudahkan urusan penetapan dan bantuan. Sebagai contoh, ada murid tinggal di asrama, memerlukan keperluan khas, bantuan murid dan macam-macam lagi. Justeru, APDM adalah pangkalan data murid yang akan dirujuk. Jadi, pentingnya mengemas kini butiran murid yang diperlukan.

Kepentingan Aplikasi Pangkalan Data Murid

Sudah menjadi tanggungjawab guru untuk mengemaskini maklumat pelajar dengan segala butiran diri, kelas, penjaga dan lain-lain lagi. Ia adalah untuk mengelakkan kekeliruan dalam pentadbiran sekolah apatah lagi ketika PKP dimana PdPR berlangsung. Selain itu, data murid ini juga akan digunakan sekiranya murid akan menerima bantuan dan juga untuk memudahkan proses permohonan sekolah, kolej ataupun institusi dilaksanakan kelak.

Segala maklumat berkaitan kepentingan penggunaan APDM juga boleh dirujuk di https://apdm.moe.gov.my/panduan/SuratKemaskiniAPDM2021.pdf.

Jika mempunyai sebarang persoalan, boleh juga diajukan kepada Kumpulan APDM di talian 03-88849415 / 9458, atau emel ke apdm.team@moe.gov.my. Anda juga boleh melayari laman sesawang https://www.moe.gov.my/.

Dengan adanya APDM, kini lebih mudah untuk guru sistemkan maklumat yang mereka terima, kerja akan jadi lebih efektif dan sistematik.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Nak Jadi Polis? Ketahui e-Pengambilan PDRM 2021

Related Posts