Ketahui Cara Daftar Masuk HRMIS 2.0

Selari dengan kemajuan teknologi data dan maklumat, negara kita amat komited untuk mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan Pengurusan Sumber Manusia (PSM) menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ia adalah menerusi teknologi terkini melalui pembangunan Aplikasi Perdana Kerajaan Elektronik.

Selaras dengan usaha ini, Projek Human Resource Management Information System (HRMIS) telah dilaksanakan sebagai salah satu projek perintis di bawah aplikasi Kerajaan Elektronik tersebut. Boleh dikatakan proses sumber manusia di negara kita kini diikuti dengan pembangunan aplikasi HRMIS.

Sistem HRMIS telah diwujudkan bertujuan untuk memenuhi keperluan pengurusan sumber manusia terhadap semua agensi kerajaan dalam negara kita. Ia membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam lebih berkesan melalui maklumat HRMIS yang lebih lengkap.

Dengan kebaikan sistem ini, mari kami kongsikan cara daftar masuk HRMIS 2.0 yang boleh anda jadikan panduan dan rujukan kelak.

Maksud HRMIS Dan Fungsinya

HRMIS atau Human Resources Management System merupakan sebuah sistem pengurusan maklumat sumber manusia yang dibangunkan khas untuk memudahkan proses pengurusan sumber manusia di semua agensi awam seluruh Malaysia.

Ia merupakan aplikasi perdana kerajaan persekutuan dimana semua penjawat awam mempunyai ID masing-masing untuk sistem ini. ID HRMIS tersebut boleh didapati dari Pentadbir HRMIS jabatan masing-masing.

Aplikasi ini berfungsi dari mula perlantikan sehinggalah akhir tamat perkhidmatan. Untuk pengetahuan anda, sistem HRMIS ini dibangunkan secara komprehensif. Cara daftar masuk HRMIS 2.0 adalah mudah dan boleh dilakukan oleh anda.

Cara Login Ke HRMIS 2.0

Cara daftar masuk HRMIS 2.0 adalah dengan melayari laman sesawang utama HRMIS. Bagi penjawat awam yang mempunyai akaun HRMIS, berikut adalah cara login ke HRMIS 2.0:

  1. Sila layari laman sesawang utama HRMIS 2.0 di https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
  2. Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan anda di ruangan tersebut.
  3. Kemudian, tekan pada butang hantar. Proses Login ke HRMIS 2.0 selesai dan anda telah berjaya mengakses ke akaun HRMIS anda.

Aplikasi MyHRMIS Cuti

Aplikasi MyHRMIS Cuti telah dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bagi membolehkan penjawat awam membuat permohonan cuti rehat, menyemak kelayakan cuti, menyokong cuti dan meluluskan cuti melalui aplikasi mudah alih.

Fungsi MyHRMIS Cuti

  1. Menyemak Kelayakan Cuti – Penjawat awam membuat semakan kelayakan cuti tahunan pada tahun semasa.
  2. Membuat Permohonan Cuti – Aplikasi MyHRMIS Cuti dapat memudahkan penjawat awam membuat permohonan cuti rehat dengan memohon di aplikasi tersebut.
  3. Memohon Sokongan Cuti – Memberi kemudahan untuk Pegawai Penyokong membuat semakan permohonan cuti dan menyokong cuti yang dimohon.
  4. Lulus Cuti – Dapat memberi kemudahan kepada Pegawai Pelulus untuk membuat semakan dan seterusnya mempertimbangkan kelulusan cuti tersebut.
  5. Status Cuti – Dengan aplikasi ini juga, ia membolehkan pegawai membuat semakan status permohonan cuti sama ada telah disokong dan diluluskan ataupun tidak.

MyHRMIS Profil

Aplikasi MyHRMIS Profil dibangunkan oleh JPA untuk membolehkan penjawat awam membuat semakan terhadap maklumat peribadi seperti yang telah dimasukan ke dalam Aplikasi HRMIS. Pengguna yang telah mendaftar dengan aplikasi MyHRMIS Cuti tidak perlu mendaftar semula untuk mengakses aplikasi MyHRMIS Profil ini.

Fungsi MyHRMIS Profil

Dengan MyHRMIS Profil, maklumat peribadi dan alamat tetap pegawai juga dapat dipaparkan untuk dijadikan rujukan pihak tertentu. Selain itu, sistem HRMIS juga dapat memaparkan maklumat pendidikan, maklumat keluarga, maklumat anugerah, sejarah perkhidmatan, kursus dan juga profil perkhidmatan pegawai. Bagi anda yang ingin memuat turun aplikasi MyHRMIS, anda boleh memuat turun MyHRMIS secara percuma di Apple Store dan Google Play Store.

MyHRMIS Keluar Pejabat

Aplikasi MyHRMIS Keluar Pejabat ini merupakan inovasi baharu oleh Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS) serta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Aplikasi MyHRMIS Keluar Pejabat diwujudkan bertujuan untuk membantu memudahkan pengurusan keluar pejabat penjawat awam dalam waktu bertugas. Ia juga adalah untuk memastikan penjawat awam mematuhi Perintah AM 5 Bab G iaitu mematuhi waktu bekerja.

Fungsi MyHRMIS Keluar Pejabat

Aplikasi MyHRMIS Keluar Pejabat berfungsi untuk memudahkan permohonan keluar pejabat dilakukan secara on-the-go dan memudahkan pelulus untuk mempertimbangkannya. Mereka akan melihat status kelulusan permohonan keluar pejabat.

Selain itu, fungsi dashboard terdiri daripada tiga kategori iaitu individu, pelulus dan pengurusan. Terdapat juga ruangan laporan pegawai tiada di pejabat yang dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu pegawai bercuti, pegawai tiada di pejabat ketika ini dan pegawai tiada di pejabat mengikut pilihan tarikh.

MyHRMIS EGL

Aplikasi MyHRMIS eGL merupakan aplikasi yang memaparkan rekod Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL) untuk penjawat awam. Maklumat yang terkandung dalam aplikasi MyHRMIS EGL ini juga diambil daripada Sistem HRMIS tersebut.

Fungsi MyHRMIS EGL

MyHRMIS EGL berfungsi memaparkan maklumat peribadi, profil perkhidmatan dan juga gaji pegawai. Selain itu, ia juga membolehkan pegawai menjana eGL dan memaparkan maklumat keluarga pegawai. Lebih menarik lagi, sistem ini dapat memaparkan nama, nombor telefon dan alamat hospital dan klinik kerajaan yang ada.

MyHRMIS CARE

Kredit: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.jpa.eghrmis.care&hl=en_US&gl=US

Aplikasi MyHRMIS CARE pula merupakan satu aplikasi untuk memberi kemudahan kepada penjawat awam untuk mendapatkan bantuan dan memberi cadangan penambahbaikan. Selain itu, MyHRMIS CARE dapat memudahkan urusan dalam menyemak status aduan serta merujuk soalan-soalan lazim yang disediakan.

Fungsi MyHRMIS CARE

Fungsi MyHRMIS CARE adalah untuk memaparkan pengumuman dan promosi terkini berkaitan aktiviti HRMIS. Selain itu, ia juga menyediakan ruang untuk menyalurkan permasalahan HRMIS yang dihadapi, menyemak status aduan dan memberi cadangan atau penambahbaikan yang berkaitan dengan HRMIS. Aplikasi MyHRMIS CARE ini boleh didapati secara percuma di Apple Store dan juga Google Play Store.

MyHRMIS Self Check

Kredit: https://apps.apple.com/no/app/myhrmis-self-check/id1106201155

Selain dari Aplikasi HRMIS yang dinyatakan, Aplikasi MyHRMIS Self Check pula dapat memberi kemudahan kepada penjawat awam dalam menyemak dan mengetahui status terkini data pegawai yang menyumbang kepada pencapaian KPI HRMIS.

Terdapat 5 menu utama dalam MyHRMIS Self Check yang merupakan kriteria KPI HRMIS berasaskan penjawat awam. 5 Menu utama tersebut adalah Pemurnian Data (data peribadi dan profil), Status Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT), Status Sasaran Kerja Tahunan (SKT), Perisytiharan Harta dan juga Penamatan Perkhidmatan.

Bagi anda yang ingin memuat turun aplikasi MyHRMIS Self Check, anda boleh memuat turunnya di Apple Store dan Google Play Store. Mudah bukan?

Berikut adalah aplikasi HRMIS yang mempunyai fungsi serta kelebihan dari segi menyelesaikan masalah teknologi data maklumat dalam organisasi tertentu. Cara daftar masuk HRMIS 2.0 sangat mudah, namun anda perlu tahu setiap penggunaan aplikasi HRMIS yang telah kami kongsikan. Semoga segala tugasan yang dilakukan berjalan dengan lancar dan mudah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ibu Bapa: Cara Semak Keputusan Peperiksaan Anak Semasa PKP 3.0

Related Posts