Lebih 11 Juta Lawatan Di Laman APDM Semasa PKP. Apa Sebenarnya Kegunaan APDM?

Sepanjang negara kita mengalami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sistem pembelajaran juga berubah mengikut norma baharu. Semuanya adalah secara Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah. Bermula dari sekolah tadika, sekolah rendah sehinggalah pengajian institusi tinggi, pembelajaran adalah secara atas talian.

Tanpa kita sedar, ramai yang hanya memikirkan medium pembelajaran yang digunakan seperti Google Meet, Zoom, Facebook Live, Tiktok dan sebagainya. Sedangkan sistem yang menguruskan data murid juga penting terutamanya bagi penjawat awam dalam bidang pendidikan.

Kenali Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Salah satu sistem yang dikenali sebagai Modul Pengurusan Murid ini adalah Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Ia merupakan akses penting bagi guru untuk merekod beberapa perkara berkaitan dengan murid.

Mengejutkan, terdapat lebih 11 juta lawatan di laman APDM semasa PKP dilaksanakan. Ini bermakna, APDM ini sangat penting dan berkesan digunakan oleh guru-guru dalam mengendalikan data murid ketika perlu bekerja dari rumah.

Siapa Yang Akses APDM Sehingga 11 Juta Lawatan Ke Laman APDM

Kredit gambar: https://apdm.moe.gov.my/

Laman APDM boleh dilihat oleh sesiapa sahaja tetapi untuk akses atau masuk ke dalam sistem laman sesawang tersebut hanya bagi mereka yang mempunyai id sahaja. Mereka adalah pegawai pentadbir APDM di PPD dan JPN, guru-guru atau individu yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan data murid secara online.

Aplikasi Pengkalan Data Murid ini bukan sahaja mengendalikan data murid peringkat sekolah, tetapi ia juga melibatkan data murid pada pejabat pendidikan daerah PPD dan juga Jabatan Pendidikan Negeri JPN. Oleh itu, tak hairanlah jika ada 11 juta lawatan di laman APDM semasa PKP berlaku.

Untuk pengetahuan anda, APDM akan digunakan oleh admin sekolah yang ditugaskan, guru kelas ataupun staff pengurusan sumber manusia yang bertugas untuk menguruskan data murid serta sekolah mereka. Selain itu, ibu bapa murid juga perlu mengemaskini maklumat asas melalui sistem ini. Jadi, bukan semua orang akan guna sistem ini, hanya yang mempunyai tujuan tertentu sahaja.

Antara Maklumat Asas Yang Perlu Dikemaskini Adalah Seperti Berikut:

  • Profil Anak / Murid
  • Alamat Anak / Murid
  • Maklumat Penjaga Murid
  • Asas Kesihatan Anak / Murid
  • Perakuan Maklumat
  • Cetak BMM
  • Cetak Surat Persetujuan Kesihatan

Fungsi Dan Objektif Laman APDM

Bukan sahaja mengemaskini data murid, APDM juga diwujudkan atas beberapa tujuan serta objektif bagi pihak Kementerian Pendidikan dan juga tenaga pengajar. Sejak awal PDPR bermula di negara kita, pastinya APDM juga sangat penting untuk digunakan.

Antara Objektif APDM adalah:

  • Ingin menjadi salah satu sumber saluran maklumat dan ruang perbincangan sistem yang mudah dan sistematik
  • Untuk memudahkan proses pengendalian data murid di sekolah
  • Untuk dijadikan rekod rujukan bagi data pelajar

Antara Fungsi APDM adalah:

  • Dapat merekod sistem kehadiran murid yang ke sekolah setiap hari menggunakan sistem APDM sahaja. Tak perlu guna buku manual lagi.
  • Dapat merekod data murid di dalam sistem untuk memudahkan proses pendaftaran, pengajian dan sebagainya.
  • Dapat mengemaskini maklumat kelas murid dan sekolah
  • Dapat merekod biodata peribadi murid seperti tarikh lahir, butiran berkaitan adik beradik, pekerjaan ibu bapa, alamat rumah dan lain-lain lagi.

Banyak lagi fungsi laman APDM yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru sejajar dengan keperluan data murid setiap hari. Jom lihat pula kegunaan APDM untuk guru sekolah dengan lebih terperinci.

Kegunaan APDM Untuk Guru

Kredit gambar: https://www.sinarharian.com.my/article

Merekod e-Kehadiran Pelajar

Guru akan menggunakan e-Kehadiran untuk mencatat kehadiran murid seperti buku kedatangan yang pernah digunakan secara manual suatu masa dahulu. Ia merangkumi nama murid yang hadir, hadir lewat, tidak hadir, cuti sakit, ponteng dan sebagainya. Laman APDM bagi e-Kehadiran ini juga boleh memaparkan laporan kehadiran murid mengikut bulanan dan tahunan. e-Kehadiran ini juga boleh dicatat melalui android.

Melengkapkan Data Maklumat Murid

Data maklumat murid akan didapati dari borang maklumat yang disediakan. Sama seperti manual, borang maklumat pelajar perlu diisi. Namun APDM amat mudah kerana guru perlu memuat turun borang maklumat murid ini sahaja.

Guru akan mengemaskini data dengan melengkapkan maklumat seperti nama penuh, nombor Mykid, alamat, kaum, warganegara, jenis bantuan pelajar yang diterima, maklumat penjaga, no telefon waris dan lain-lain lagi. Borang ini penting untuk rujukan guru pada masa akan datang bagi urusan berkaitan dengan murid.

Mengeksport Data Untuk Kegunaan Guru

Data murid dalam sistem APDM adalah lengkap dan menyeluruh dimana guru boleh gunakannya untuk tujuan tertentu. Amat mudah kerana ia boleh di eksport segera ke dalam mana-mana sistem dengan pantas. Hanya login masuk sahaja, guru sudah boleh dapatkan data murid.

4. Kemaskini Maklumat Murid

Apabila data sudah direkod, maklumat murid terkini juga boleh dikemaskini. Guru boleh masuk ke bahagian Data Murid dan memadam rekod murid yang tidak dimahukan. Pilih rekod yang tidak mahu dan tekan butang padam. Mudah bukan?

5. Kemaskini Data Guru

Data guru juga perlu dikemaskini di APDM dimana guru boleh meminta Admin APDM lakukannya. Sebagai contoh, jika ingin daftar guru baru atau menukar guru kelas yang sedia ada, Admin APDM akan melakukan kemaskini pada bahagian Pendaftaran Kelas.

Cara Login Masuk APDM

Banyak rupanya kegunaan APDM ni, rugi kalau tak guna dengan baik. Jom lihat cara masuk ke sistem APDM pula bagi memudahkan guru-guru dan pegawai bertugas yang akan login setiap hari ke sini.

  1. Sila layari laman sesawang https://apdm.moe.gov.my
  2. Pada bahagian kiri laman sesawang, masukkan ID dan kata laluan di bahagian Log Masuk Pengguna.
  3. ID pengguna adalah kod sekolah (Masukkan dengan menggunakan semua huruf besar dan tiada spacebar). Contoh: ADW1235
  4. Pada bahagian password pula, sila gunakan Default Password yang diberikan oleh sistem kepada pihak Admin sekolah.
  5. Atas faktor keselamatan, Admin sekolah disarankan untuk menukarkan password selepas login pertama kali.
  6. Kemudian untuk masuk semula, sila masukkan ID pengguna dan kata laluan yang telah ditukar atau sedia ada yang digunakan. Tekan butang hantar untuk login masuk ke sistem.

Sekiranya terdapat sebarang masalah dalam tempoh anda menggunakan APDM, jangan panik! Kenal pasti apakah masalah tersebut seperti terlupa kata laluan, tidak dapat akses APDM dan sebagainya.

Seterusnya, guru perlu hubungi Admin sekolah untuk reset dan dapatkan kata laluan yang baru. Hanya admin sekolah yang boleh reset untuk dapatkan kata laluan baru.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin maklumat lanjut berkaitan APDM, anda boleh emelkan sahaja kepada apdm.team@moe.gov.my. Selamat menggunakan APDM, semoga dipermudahkan urusan para pengguna semuanya ya!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RM90 juta: Jangan Buat Malu Bakal PM Ke 8

Next Post

Betul Ke Ada i-Sinar 2.0 atau i-Citra? Cara Semak Penyata KWSP