Muat turun Buku Teks Digital Tahun 1-6 (KSSR 2021) untuk PdPR

Dalam perubahan kehidupan norma baru kini, PdPR juga telah dilaksanakan untuk pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Walaupun beberapa kali takwim sekolah telah dipinda, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tetap mencari alternatif terbaik untuk melancarkan proses pembelajaran para pelajar.

Dengan konsep PdPR, ibu bapa boleh menggunakan Buku Teks Digital secara mudah dan cepat akses. Tak perlu tunggu ada buku fizikal, tetapi murid boleh mendapatkannya melalui internet dan peranti masing-masing.

Buku Teks Digital lengkap dengan semua topik merangkumi Kurikulum Standard Sekolah Rendah / Menengah (KSSR 2021). Setiap lembaran yang ada sama 100% seperti dalam buku teks fizikal di sekolah. Bezanya adalah murid tidak boleh menggunakannya untuk menulis, menggaris, membuat nota dan sebagainya. Pendek kata, belajar secara online dengan bahan-bahan pelajaran adalah secara online juga.

Download Buku Teks Digital Melalui eTextbook (Format EPUB)

Sistem eTextbook telah menyediakan buku teks dalam bentuk digital ataupun EPUB. Ia adalah terbitan dari KPM. Bukanlah dari format ebook. Untuk pengetahuan anda, format EPUB ini membolehkan para murid menulis nota, highlight bahagian penting dan seolah-olah boleh menulis atau mencatat di buku teks digital tersebut. Ia bagaikan buku teks sebenar.

Anda boleh dapatkannya di https://textbook.moe.gov.my/login. Ikut sahaja arahan untuk pertama kali daftar. Mudah bukan? Selain itu, anda juga boleh download buku teks digital tahun 1 – 6 mengikut cara di bawah.

Kredit: https://textbook.moe.gov.my/login

Tips Download Buku Teks Digital Tahun 1 – 6 (KSSR 2021) Untuk PdPR

Sebelum download buku teks digital untuk anak atau murid bagi tujuan PdPR, penting untuk anda fahami tips download buku teks digital ini. Tujuannya adalah untuk memudahkan murid akses buku teks digital ini pada bila-bila masa, tak hilang dan tidak terpadam.

Jom lihat 4 tips download buku teks digital untuk PdPR. Pastikan sebelum download, anda ikuti langkah-langkah di bawah ini.

  1. Sediakan Folder khas untuk letakkan buku-buku teks digital sekolah yang akan dimuat turun. Jika tidak, mungkin buku teks digital yang dimuat turun agak sukar dicari setiap kali diperlukan.
  2. Namakan Folder tersebut dengan Buku Teks Sekolah untuk memudahkan anak atau murid gunakannya pada bila-bila masa. Tak perlu cari-cari lagi dimana yang disimpan dalam laptop, komputer atau alat peranti anda.
  3. Muat turun satu per satu buku teks dengan cara tekan sahaja link Buku Teks yang disediakan di bawah. Anda boleh terus muat turun dan buka sahaja pada bila masa yang perlu untuk guna.
  4. Simpan di Folder yang telah dihasilkan tadi dengan menulis nama buku teks digital yang anda muat turun.

Download Buku Teks Tahun 1 – 6 KSSR

Di bawah kami senaraikan Buku Teks Digital bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6 sekolah rendah. Ibu bapa boleh download dan jadikan rujukan untuk pembelajaran anak-anak. Ia adalah buku teks yang digunakan mengikut silibus Kementerian Pendidikan Malaysia yang meliputi Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Menengah.

Buku Teks Sekolah Digital ini boleh dimuat turun mengikut jenis sekolah atau mata pelajaran murid. Selain itu, jangan terlepas pandang akan mata pelajaran yang mempunyai jilid 1 dan 2. Anda boleh download keduanya sekali.

Buku Teks Digital – Tahun 1

Berikut adalah senarai buku teks digital bagi murid tahun 1 di sekolah rendah biasa, sekolah jenis kebangsaan cina dan juga sekolah jenis kebangsaan tamil. Buku teks mengikut jenis sekolah ini diasingkan supaya dapat anda akses dengan mudah.

Mata Pelajaran Sekolah Rendah

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik Jilid 1
  4. Matematik jilid 2
  5. Matematik BI Jilid 1
  6. Matematik BI jilid 2
  7. Sains
  8. Pendidikan islam
  9. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  10. Pendidikan Kesenian
  11. Bahasa Arab
  12. Bahasa Cina
  13. Bahasa Tamil
  14. Bahasa Iban
  15. Bahasa Kadazandusun
  16. Bahasa Semai
  17. Pendidikan Moral

Mata Pelajaran SJKC

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Bahasa Cina
  6. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  7. Pendidikan Moral
  8. Pendidikan Kesenian

Mata Pelajaran SJKT

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Bahasa Tamil
  6. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Buku Teks Digital Tahun 2

Berikut adalah senarai buku teks digital bagi murid tahun 2 di sekolah rendah biasa, sekolah jenis kebangsaan cina dan juga sekolah jenis kebangsaan tamil. Anda boleh download mengikut jenis sekolah atau mata pelajaran yang diambil sahaja.

  1. Bahasa Melayu Jilid 1
  2. Bahasa Melayu Jilid 2
  3. Matematik BM jilid 1
  4. Matematik BM Jilid 2
  5. Matematik BI Jilid 1
  6. Matematik BI jilid 2
  7. Sains
  8. Pendidikan Islam
  9. Bahasa Arab
  10. Bahasa Cina
  11. Bahasa Tamil
  12. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  13. Pendidikan Kesenian
  14. Bahasa Iban
  15. Bahasa Kadazandusun
  16. Bahasa Semai

Mata Pelajaran SJKC

  1. Matematik jilid 1
  2. Matematik jilid 2
  3. Sains
  4. Bahasa Cina
  5. Pendidikan Kesenian
  6. Pendidikan Moral

Mata Pelajaran SJKT

  1. Bahasa Tamil
  2. Matematik Jilid 1
  3. Matematik jilid 2
  4. Pendidikan Moral

Buku Teks Digital Tahun 3

Berikut adalah senarai buku teks digital bagi murid tahun 3 di sekolah rendah biasa, sekolah jenis kebangsaan cina dan juga sekolah jenis kebangsaan tamil. Tekan link di bahagian mata pelajaran untuk terus download buku teks sekolah digital murid tahun 3.

Mata pelajaran SK

  1. Bahasa Melayu
  2. Sains
  3. Matematik BM Jilid 1
  4. Matematik BM Jilid 2
  5. Matematik BI jilid 1
  6. Matematik BI Jilid 2
  7. Pendidikan Islam
  8. Pendidikan Moral
  9. Bahasa Cina
  10. Bahasa Tamil
  11. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  12. Bahasa Kadazandusun

Mata Pelajaran SJKC

  1. Bahasa Cina
  2. Matematik Jilid 1
  3. Matematik jilid 2
  4. Sains
  5. Pendidikan Moral
  6. Pendidikan Kesenian

Mata Pelajaran SJKT

  1. Bahasa Tamil
  2. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  3. Pendidikan Kesenian

Buku Teks Digital Tahun 4

Berikut adalah senarai buku teks digital bagi murid tahun 4 di sekolah rendah biasa. Ia termasuklah untuk subjek tambahan seperti bahasa arab, pendidikan muzik, pendidikan kesenian, teknologi maklumat dan juga komunikasi.

  1. Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sains
  4. Matematik BM
  5. Matematik BI
  6. Sejarah
  7. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  8. Pendidikan Kesenian
  9. Pendidikan Muzik
  10. Bahasa Arab

Buku Teks Digital Tahun 5

Berikut adalah senarai buku teks digital bagi murid tahun 5 di sekolah rendah biasa. Ia termasuklah pelajaran penting seperti pendidikan seni visual dan teknologi maklumat dan komunikasi.

  1. Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sains
  4. Pendidikan Islam
  5. Bahasa Arab
  6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  7. Pendidikan Seni Visual

Buku Teks Digital Tahun 6

Berikut adalah senarai buku teks digital bagi murid tahun 6 di sekolah rendah biasa. Penting untuk murid fokus dengan ilmu dari buku teks ini kerana ia turut merangkumi contoh latih tubi, formula, subtopik penting dan sebagainya.

  1. Bahasa Inggeris
  2. Sains BM
  3. Pendidikan Islam
  4. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  5. Bahasa Arab
  6. Pendidikan Seni Visual
  7. Sains BI

Aplikasi Buku Teks KPM

Sekiranya sukar untuk memuat turun, tidak mengapa. Anda boleh terus memasang aplikasi khas yang dibangunkan oleh KPM. Pasti lebih mudah untuk anda akses ke buku teks digital pada bila-bila masa yang diperlukan.

Android/Playstore: Klik sini

Apple/ iOS: Klik sini

Berikut adalah senarai buku teks digital yang boleh diguna oleh para murid sekolah rendah mengikut jenis sekolah dan mata pelajaran mereka. Aplikasi buku teks juga adalah langkah terbaik sebagai kemudahan murid mendapatkan buku teks mereka.

Buku Teks Digital dan Aplikasi Buku Teks dari KPM ini dapat memudahkan urusan PdPR bagi murid, ibu bapa dan guru-guru. Semoga artikel ini bermanfaat dan dijadikan sumber rujukan buat semua.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Betul Ke Ada i-Sinar 2.0 atau i-Citra? Cara Semak Penyata KWSP

Next Post

Tarikh PDRM Akan Bagi Diskaun 50% Untuk Bayar Saman