Nak Jadi Polis? Ketahui e-Pengambilan PDRM 2021

Rakyat Malaysia sama ada bumiputera atau yang bukan Bumiputera kini boleh mengisi jawatan kosong konstabel di Polis Diraja Malaysia (RMP) tanpa perlu mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kredit gambar:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/807254/23-pegawai-kanan-pdrm-tukar-jawatan

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, kelonggaran syarat diberikan untuk permohonan konstabel lelaki dan wanita Gred YA1 melalui Pengambilan Khas Bukan Bumiputera bermula pada 18 Mac 2021.

Kelonggaran ini adalah salah satu dorongan untuk lebih ramai rakyat Malaysia yang bukan Bumiputera untuk menyertai PDRM kerana khidmat mereka amat diperlukan.

Dengan meningkatnya jumlah kes jenayah yang semakin berleluasa, jelas bahawa rakyat Malaysia memerlukan perlindungan daripada segala jenis ancaman yang boleh mengganggu keamanan dan kesejahteraan masyarakat. Dan salah satu pihak yang memikul tanggungjawab menjaga keamanan negara pastinya pihak polis.

Tawaran Menjadi Polis Diraja Malaysia

PDRM adalah merupakan pasukan polis yang terdiri daripada lebih 111,450 orang pegawai dan juga anggota. Ibu pejabat PDRM terletak di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan polis di negara kita ini amat unik jika dibandingkan dengan negara lain kerana pertubuhannya berpusat. Ia bermaksud semua bentuk dari polis tugas umum (General Duties) hinggalah kepada badan perisikan berada di bawah bidang kuasanya.

Dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam, polis negara kita mendapatkan bantuan daripada kumpulan sokongannya yang terdiri daripada Polis Tambahan, Polis Sukarelawan, Polis Bantuan, Kadet Polis dan juga penjawat awam. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang wujud di negara kita adalah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi polis, antara jawatan yang terdapat di bawah Skim Kerja Permohonan Kekosongan Polis Dalam Talian terdiri daripada Konstabel, Sarjan dan juga Inspektor. Ini adalah maklumat terkini mengenai permohonan pekerjaan polis melalui portal dalam talian ePengambilan PDRM rasmi yang kami kongsikan kepada anda.

Apa itu ePengambilan PDRM?

ePengambilan PDRM merupakan portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang berfungsi mengendalikan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik. Melalui laman sesawang ini juga, pemohon dapat memeriksa status panggilan pada tarikh yang diberitahu dengan cepat dan mudah tanpa perlu menyemak di mana-mana pejabat polis berhampiran.

Cara Mendaftar ePengambilan PDRM

Bagi membuat pendaftaran dalam sistem ePengambilan, anda boleh rujuk pada langkah-langkah berikut:

  1. Masuk ke laman internet utama rasmi ePengambilan di https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/ dan klik pada butang ‘Pendaftaran Baru’ untuk mendaftar.
  2. Kemudian, isi maklumat pengguna dan tekan butang ‘Hantar’. Selepas itu, anda dikehendaki menunggu dan memeriksa emel anda untuk mengaktifkan akaun ePengambilan anda tersebut.
  3. Sekiranya anda tidak menerima emel pengaktifan, buka semula halaman e-Pengambilan dan tekan pada pautan [Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
  4. Sekiranya anda terlupa kata laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan] dan sekiranya tidak menerima emel untuk kata laluan baru, klik pada pautan [Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].
  5. Kemudian, anda boleh mula Log Masuk ke dalam akaun ePengambilan anda untuk membuat sebarang semakan mengenai proses kelayakan kelak.

Cara Semakan Jawatan di ePengambilan

  1. Tekan pada tab ‘Skim Jawatan’ untuk memeriksa syarat-syarat kelayakan bagi memohon jawatan. Jika anda berminat, tekan pada tab ‘Iklan’ untuk menyemak jawatan yang dibuka untuk pendaftaran.
  2. Pada bahagian tab ‘Iklan’, bulatan berwarna hijau merupakan jawatan yang terbuka untuk pendaftaran dan bulatan berwarna merah adalah jawatan yang masih belum dibuka untuk pendaftaran.
  3. Bagi mendapatkan keterangan yang lebih lanjut, sila tekan pada ikon tersebut.

Cara Log Masuk e-Pengambilan PDRM Dan Cara Mengisi Borang ePengambilan PDRM

  1. Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan anda dan klik pada butang Log Masuk.
  1. Pilih pada menu Maklumat Peribadi. Maklumat data peribadi dengan tanda ‘*’ merupakan input yang wajib diisi. Kemudiannya, sila tekan pada butang Simpan sebelum melanjutkan ke langkah yang seterusnya.
  1. Pada bahagian tab Keluarga pula, maklumat ibu-bapa adalah input yang wajib untuk permohonan ini. Apabila segala maklumat telah diisi, sila tekan pada butang Simpan sebelum ke langkah yang seterusnya.
  1. Dalam tab Akademik pula, maklumat keputusan sijil SPM dan PT3/PMR adalah merupakan input yang wajib diisi untuk permohonan ini. Seperti biasa, jangan lupa save dulu selepas isi data.
  1. Pada bahagian Ko-Kurikulum pula, sekurang-kurangnya satu kategori Ko-Kurikulum perlu diisi pada ruangan ini dan tekan butang simpan.

Cara Memohon Polis Melalui Portal e-Pengambilan PDRM

  1. Apabila anda telah Log Masuk ke dalam portal e-Pengambilan, tekan pada menu Aplikasi Polis dan kemudiannya tekan pada Permohonan Baru.
  1. Pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan kokurikulum yang diisi adalah tepat sebelum ke langkah yang seterusnya.
  2. Pada tab Permohonan Jawatan’ sila pilih jawatan yang ditawarkan oleh pihak berwajib dan tekan simpan.
  1. Pada tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih pengakuan bagi setiap pengakuan permohonan anda.
  1. Semasa di bahagian Pengesahan, pastikan maklumat semua adalah benar dan tepat sebelum dihantar. Sekiranya borang telah dihantar, maka pemohon tidak dapat mengemaskini borang tersebut lagi. Akhir sekali, tekan pada butang Hantar Borang untuk menghantar permohonan menjadi polis.

Cara Menyemak Status Permohonan e-Pengambilan PDRM

  1. Sekiranya anda ingin membuat semakan status permohonan e-Pengambilan PDRM, sila tekan pada menu Semak Status Permohonan.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan kemudiannya klik pada butang Periksa.
  3. Status pengambilan akan dipaparkan pada paparan portal e-Pengambilan PDRM.
  4. Sekiranya lulus, jangan lupa cetak surat panggilan tersebut.

Berikut adalah perkongsian cara memohon menjadi anggota polis melalui khidmat e-Pengambilan PDRM yang boleh dijadikan rujukan bagi anda yang berkeinginan untuk menjadi salah seorang anggota polis.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang https://www.malaysia.gov.my/ .

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bantuan Warga Emas Semakin Diperlukan: Ini Cara Mohon Bantuan