Tarikh PDRM Akan Bagi Diskaun 50% Untuk Bayar Saman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini tampil dengan perkhidmatan digital baharu dan penawaran diskaun sehingga 50% untuk mereka yang ingin bayar saman. Bayaran saman yang dimaksudkan adalah melalui portal yang dinamakan sebagai MyBayar Saman.

Khas untuk orang ramai yang mempunyai kompaun atau saman trafik yang masih belum dijelaskan, anda kini berpeluang untuk membayar saman dengan diskaun sebanyak 50% melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman. Aplikasi MyBayar Saman ini telah diperkenalkan melalui kempen yang dianjurkan oleh pihak PDRM iaitu ‘kempen bayar saman’.

Tawaran pengurangan kompaun saman berkenaan tidak termasuk dengan kesalahan-kesalahan utama tahun 2021, kesalahan berkaitan dengan kenderaan berat, kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan dan juga kes saman dalam sebutan mahkamah.

Pasti anda tertanya-tanya, bilakah tarikh PDRM akan bagi diskaun 50% untuk bayar saman. Adakah ia benar atau spekulasi? Jom kami kongsikan cara buat semakan dan bayar saman PDRM, JPJ serta AES melalui aplikasi MyBayar Saman ini.

Apakah MyBayar Saman?

MyBayar Saman merupakan aplikasi terbaharu yang diperkenalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan orang ramai membayar saman dengan mudah. Jadi, melalui portal dan aplikasi MySaman ini, lebih cepat dan jimat masa berbanding dengan kaedah sedia ada.

Dengan pelancaran aplikasi dan Portal MySaman ini juga, Kempen Bayar Saman turut menawarkan pengurangan kompaun sehingga serendah 50% kepada mereka yang mempunyai saman.

Cara Daftar MyBayar Saman

Kredit: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pdrm.mybayarsamanpdrm&hl=ms&gl=US

Sebelum ketahui tarikh PDRM bagi diskaun 50% untuk bayar saman, pasti ramai yang belum tahu cara daftar MyBayar Saman. Berikut adalah cara pendaftaran online menggunakan aplikasi atau Portal MyBayar Saman.

  1. Layari Portal rasmi MyBayar Saman di https://mybayar.rmp.gov.my dan tekan pada butang ‘NEW USER SIGN UP’ untuk proses pendaftaran.
  2. Kemudian, isi maklumat dan isi pengesahan OTP yang dihantar ke telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai mendaftar, Log Masuk ke akaun MyBayar Saman anda dan buat semakan saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu anda bayar.
  4. Bagi memperoleh diskaun saman serendah 50%, anda dikehendaki membayar saman tersebut secara atas talian.
  5. Untuk makluman anda semua, aplikasi MyBayar Saman ini juga bakal diperkenalkan di Google playstore dan juga Apple store.

Tarikh Diskaun Saman Serendah 50%

Diskaun saman yang diberikan serendah 50% melalui aplikasi atau laman sesawang MyBayarSaman ini hanya ditawarkan dalam tempoh masa yang terhad sahaja. Anda boleh buat semakan dan bayaran dalam tempoh tarikh berikut:

Tarikh Diskaun Bermula: 18 Jun 2021

Tarikh Diskaun Akhir: 18 Julai 2021

Saman Yang Tidak Akan Memperoleh Diskaun 50%

Semua saman trafik layak untuk mendapat diskaun sebanyak 50% tersebut, kecuali beberapa jenis saman. Berikut adalah jenis saman yang tidak akan memperoleh diskaun 50%.

  • Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021.
  • Saman status No Compound (NC) bagi Tahun 2018 / 2019 / 2020 dan juga tahun 2021.
  • Saman status bicara mahkamah
  • Saman Berkaitan Kesalahan Muatan Lori
  • Saman Potong Secara Bahaya / Potong Queue bagi Tahun 2020 / 2021
  • Saman menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020/2021
  • Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020/2021
  • Saman potong di garisan berkembar tahun 2020/2021
  • Saman yang berkaitan dengan pengubahsuaian ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021

Pilihan 1: Cara Bayar Saman Melalui Portal MyBayar Saman

Setelah selesai daftar MyBayar Saman dan ketahui tarikh diskaun yang anda bakal terima, sekarang jom kita bayar saman pula! Untuk pembayaran saman melalui portal MyBayar Saman, sila ikuti beberapa langkah di bawah:

  1. Layari laman sesawang mybayar saman di https://mybayar.rmp.gov.my/ dan klik butang ‘Daftar.’
  2. Kemudian, isikan maklumat peribadi anda dengan betul dan anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  3. Selepas itu, Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  4. Untuk membayar saman, anda dikehendaki tekan pada butang ‘Bayar’ di butiran saman dan semak saman yang ingin dibayar oleh anda.
  5. Akhir sekali, pilih mod pembayaran dan tekan butang ‘Bayar’, akhirnya pembayaran saman anda pun telah selesai.

Pilihan 2: Cara Bayar Saman Melalui Aplikasi MyBayar Saman

Selain dari membayar melalui portal MyBayar Saman, anda boleh membayar saman dan mendapatkan diskaun 50% melalui Aplikasi MyBayar Saman. Bagi anda yang ingin membuat pembayaran saman melalui aplikasi MyBayar Saman pula, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi MyBayarSaman di Google Play dan App Store. Kemudian, buka aplikasi tersebut dan klik pada butang ‘Daftar’.
  2. Selepas itu, isi maklumat peribadi dengan betul dan anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit anda yang akan dihantar melalui SMS.
  3. Pada paparan menu utama, tekan pada butang ‘Semakan Saman’ dan butiran saman anda akan dipaparkan.
  4. Kemudian, tekan pada butang ‘Bayaran Saman’ di menu utama dan pilih saman yang hendak dibayar.
  5. Pilih mod bayaran dan buat pembayaran.
  6. Butiran transaksi bayaran anda akan dipaparkan selepas pembayaran anda berjaya.
  7. Semak sejarah transaksi pembayaran anda di paparan aktiviti aplikasi MyBayar Saman tersebut.

Tutorial Bergambar Mengenai Pendaftaran MyBayar Saman

Bagi memudahkan urusan anda, jom lihat cara pendaftaran MyBayar Saman secara online dalam konteks tutorial bergambar pula. Anda boleh ikuti cara-cara seperti yang ditunjukkan di bawah.

MyBAYAR SAMAN

1. Layari Portal MyBayar

MyBayar Saman

2. Tekan pada butang DAFTAR yang tertera pada portal MyBayar Saman.

MyBayar Saman

3. Isi maklumat peribadi anda dengan betul

MYBAYAR SAMAN

4. Kemudian, pemohon akan menerima pengesahan OTP di SMS dari telefon bimbit yang telah didaftarkan.

MyBAYAR SAMAN

5. Log Masuk dengan Nombor Kad Pengenalan dan Kata laluan yang didaftarkan oleh anda mengikut seperti sebelumnya.

MyBAYAR SAMAN

6. Butiran saman anda akan dipaparkan. Anda boleh melihat pada skrin yang tertera untuk semakan saman.

MyBAYAR SAMAN

7. Tekan butang ‘Bayar Sekarang’ di butiran saman.

MyBayar SAMAN

8. Akhir sekali, semak semula jumlah dan butiran saman yang ingin dibayar oleh anda. Selesai sudah bayar saman dengan lengkap menggunakan sistem MyBayar Saman.

Kesimpulannya, anda boleh menyemak saman melalui MyBayar Saman portal ataupun aplikasi MyBayar Saman. Tarikh mula dan tarikh akhir untuk mendapatkan diskaun serendah 50% bayar saman adalah pada 18 Jun hingga 18 Julai 2021 ini.

Selain dari portal MyBayar Saman atau Aplikasi Bayar Saman, anda juga boleh akses sistem ini melalui laman sesawang PDRM iaitu www.mybayar.rmp.gov.my. Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai aplikasi MyBayar Saman, sila layari laman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM. Diharapkan agar pengguna dapat memanfaatkan portal ini dengan menyemak dan membuat bayaran saman dengan cepat dan pantas.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Muat turun Buku Teks Digital Tahun 1-6 (KSSR 2021) untuk PdPR

Next Post

APDM, eGTukar, eSPBT, eOperasi Penting Untuk Guru Semasa PdPR